Wednesday, 31 July 2013

Bersyukurlah.

Bismillah. Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad.

Di bazar ramadhan untuk kali ke-4.

Langkah laju. Memecah keramaian. Sibuk mencari makanan buat berbuka,mungkin.

Bunyi lagu raya bersahut-sahutan,membingitkan lagi suasana yang sudah tersedia bingit.

Tapi. Aku tertarik dengan seorang wanita tua, yang meminta-minta. Meminta dengan bermodalkan nyanyian lagu raya. Hampir kesemua lagu yang dipilihnya bertemakan keriangan aidilfitri.

Tapi jauh di sudut hatinya,siapa tahu? Mulut merdu mengalunkan melodi yang gembira, namun di sudut hatinya, adakah segembira melodi itu?

Aku kaget. Terpana. Lantas meneruskan langkah. Membeli apa yang perlu,bukan atas permintaan nafsu, cuma ingin menyempurnakan syariat.

Mood beli kuih hilang. Hanya roti john, dan air sebungkus, buat menu berbuka.

Alhamdulillah.

*******

Bersyukurlah pada yang sedikit.

Andai yang sedikit pun kamu kufur, apakah kamu yakin nikmat yang banyak itu kamu akan bersyukur?

Rendahkan nafsumu. Bila lagi, kalau bukan di bulan yang dalamnya tiada hasutan syaitan yang mendampingimu.

Bermujahadahlah. Kerana di situ, kamu akan faham bagaimana islam yang sebenarnya.

*******

Sudah masuk ramadhan yang ke -23.

Bagaimana imanmu? Bagaimana amalmu? Bagaimana nafsumu?

Sudah-sudahlah. Tinggalkan perkara yang bukan keutamaanmu. Nafsumu selalu kamu penuhi, namun kenapa permintaan imanmu sering kamu biarkan ketepi?

Allah. Engkau Tuhan yang ada padanya suka akan pengampunan. Maka ampunkanlah kami,yaRabb.

Friday, 26 July 2013

Adat Atau Ibadat?

Bismillah. Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidana muhammad.

Subhanallah. Pagi yang cantik.

Kata yang terlantun dari hati aku,bila mana keluar untuk ke surau.

Seperti biasa. Meneruskan rutin harian aku,bermula di surau. Kemudian menghabiskan masa mentadabbur kalamullah.

Hari hari yang berlalu. Masih sama. Hebat?

Allah. Kadang kadang hati ini tertanya,apakah ini adat atau ibadat?

*****

Melihat kanak kanak bermain di anjung masjid. Riang.

Ada yang berjubah. Ada yang berbaju melayu,lengkap bersampin. Ada yang berlari ke sana ke mari. Ada yang tertidur,letih mungkin.

Aku. Masih gagah berdiri sebaris dengan jemaah jemaah tua yang lain. Tarawikh 20 rakaat.

Yup. Itu azam ramadhan aku kali ini. Dan sudah masuk 18 ramadhan. Hebat?

Allah. Sekali lagi hati kecil berbisik,apakah ini adat atau ibadat?

*****

Jam sudah hampir pukul 11 pagi.

Dhuha? Allah. Belum setel lagi. Al-maklumlah,sibuk dengan dunia.

Kemas rumah. Sapu beranda depan. Cuci longkang (ini kadang kadang). Dapur pun tak terkecuali.

Rajin. Mungkin syaitan takde nak menghasut. Dan ini menjadi rutin,dari bermulanya cuti semester, hingga ke hari ini.

"Wah! Rajin. Boleh buat calon menantu." (takda kena mengena)

Niat pada mulanya,memang ingin khidmat kepada kedua orang tua. Kini,aku merasakan ia menjadi rutin.

Yang aku takut ia menjadi hanya sekadar adat.

Sekali lagi hati ini tertanya,apakah ini ibadah atau semata mata adat?

*****

Selesai solat maghrib. Quran dicapai.

Seperti biasa. Tadarus. Ohoh,ramadhan tahun ni,target 2 kali khatam.

Baca laju laju. Takut hutang juzu'. Aku asingkan diri dengan dunia luar. Terkadang,sahutan ibu pun aku hiraukan.

Maklumlah,takut hilang mood mengaji.

"Hang tengah wtpa tu? Mai tolong mama sat."

"Alaa. Tak buleh la mama. Banyak lagi nak kena abiskan ngaji ni."


Heh. Antara dialog yang pernah terjadi bila mana tengah mengaji.

Hasilnya?

Alhamdulillah. Dah masuk 18 ramadhan,separuh daripada target aku tercapai. Dengan izin Dia.

Hebat?

Apakah mengaji ini kosong atau penuh pengisian? Dan apakah ia sekadar adat atau ibadat?

*****

*knock knock*

Alarm berbunyi. Pukul 3 pagi. Ohoh,alarm macam orang ketuk pintu,ingatkan pencuri.

Mungkin. Pencuri tidur,mengejutkan diri sang hamba menghadap Khalik.

Air paip dipasang. Sejuk. Wuduk diambil.

Buat kesekian kali,dahi ini mencecah sejadah. Tahajud,mencari cinta Yang Esa.

Menangis. Memohon ampun. Tersungkur ego seorang hamba,di atas sejadah coklat.

Dan

Ini tahajud entah kali ke berapa. Jauh termenung. Kembali bermuhasabah.

Yang kali keberapa ni sebenarnya adat atau ibadat?

*****

Hari sabtu yang indah.

"Wah! Movie Parker,Redemption,Oblivion etc dah keluar!"

Laju laju laptop dicapai. Google search. Dan,download!

Usai mendownload. Separuh hari,aku habiskan dengan movie,movie dan movie.

Rasa ohsem. Sebab khatam movie baru. Yela,mungkin ada kawan yang tak tengok lagi. (senyum sorg2)

Handfon aku belek. Skrin wallpaper mengingatkan,

"Apa dakwah yang telah enta buat hari ini? Apakah ia ibadat atau sekadar adat?"

Gulp.

Allah. Hari yang kechiwa.

Sekali lagi terbayang semua amal. Apakah ia adat atau ibadat?

******

"...Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" [Al-Ankabut:45]

Ibadat. Sudah pasti mencegah kemungkaran. Andai ia sempurna.

Tapi. Masih tersisa kejahiliyahan dalam hati. Apakah ibadat aku hanya sekadar adat?

Andai ia menjadi ibadat,mengapa tidak mencegah kemungkaran yang ada?

Nangis.


Note: bukan dari kisah sebenar. takda kena mengena dengan yang hidup ataupun yang tak hidup. sekadar mengajak untuk bermuhasabah.





Sunday, 7 July 2013

Kalaulah aku mampu

Assalamualaikum wbt.

Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina wa maulana Muhammad!



Kalaulah aku mampu untuk mulakan semula.

Hari ni merupakan hari pertama aku bergelar mahasiswa di salah satu universiti terkemuka negara. (terkemuka,kot) Seronok? Allah,sumpah seronok dan bersyukur sangat-sangat. Sebab Allah pilih aku untuk berada atas jalan ini, kerana Dia pilih aku untuk melalui jalan ini. Jalan yang bukan semua orang dapat lalui.

Dan seperti biasa, azam sebagai seorang mahasiswa yang baru, mestilah nak berjaya skor dalam final exam kan? Begitu juga aku,yang hanya seorang manusia biasa. Azam aku untuk tempoh pengajian kali ni adalah untuk cemerlang dalam pengajian seterusnya dapat 4 rata. Eheh.

InsyaAllah.



************

Bila dapat result final exam, Allahu. Sedih betul, sebab ap yang aku dapat tak seperti apa yang aku jangkakan. Sangat teruk. Sedangkan siang malam aku habiskan masa aku dengan mentelaah kitab-kitab ilmu dunia ni. Siang malam aku habiskan dengan pengajian ilmu-ilmu dunia ni. Ahh,rasa dunia sangat tidak adil. Bukankah kejayaan itu untuk orang-orang yang sudah berusaha?

Sedih.

*************

Sekali lagi di uji. Subjek yang aku ambil semester lepas perlu diulang. Untuk melayakkan aku naik ke tahun seterusnya. Allahu,kejamkah Engkau sehingga tahap ini Engkau bebankan ke atas aku?

Sebuah taman permainan yag dahulunya penuh, riuh dengan tawaan kanak-kanak, kini sunyi sepi. Ohoh,mungkin begitu keadaan hati aku yang semakin sakit 'disiksa' dengan ujian dunia. Mungkin. Selalu aku berbisik, mampukah aku untuk semua ini? Kalau diberi peluang, aku akan mulakan semula perjalanan ini dengan study hard kuasa tiga semata-mata nak skor! Hmm..

Kalaulah aku mampu untuk mulakan semula.

**************

-one message received-

"Eh,hg ke mana selama ni? Lama tak nampak. Mesyuarat harian tak nampak. Ta'lim pun jarang-jarang nampak. Tu ha, abang naqib hg pun tanya. Katanya,hg skip usrah jugak. Betul ka?"

"Err. Ceq busy sket skrg nie. Maklum, org tak pandai, kena study hard."

-message sent-

-one message received-

"Hg ni,study tu study jugak. Allah tak cipta hg utk study hard sampai tinggal agama jadi no.2. Takpalah, nanti ad ap2 hg bg tau je ke aku. InsyaAllah."

Letak agama jadi nombor 2? Hurm.

***************

Berseorang diri di Surau Nur Firdaus. Fuhh, setelah sekian lama, dapat jugak aku luang masa untuk diri sendiri. Mencari ketenangan dalam diri. Quran di capai.

(Belek-belek tafsir)
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."
(Al-Baqarah: 214)

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah. Hurm. Satu verse al-quran yang sangat menenteramkan jiwa. Ayat ini melantunkan fikiran aku, jauh ke belakang. Apa yang aku buat selama aku di uji? Bersyukur, atau kufur?

Hmm..

Semakin di uji, semakin aku meletakkan Allah ke belakang. Semakin aku di uji, semakin aku mencari makhluk melebihi Khalik. Semakin aku di uji, semakin aku terkebelakang,dalam meraih cinta Sang Rabb.

(Belek-belek tafsir)

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan kesukaran (jasmani dan rohaninya)"
(Al-Balad: 4)


Gulp.

Bukankah Allah telah nyatakan, yang memang lumrah hidup manusia ini sentiasa berada dalam kepayahan? Hurm. Lalu,kenapa bila di uji, aku menjadi sebegini?

Berputus asa. Sedih. Tinggalkan dakwah. Kemudian,aku meyakini usaha aku yang memberi kejayaan.

Teringat kata seorang akhi,"Allah itu sangat suka menguji manusia,sebab Dia sangat ingin manusia merintih kepadaNya. Adat dalam belajar,terkadang cemerlang, terkadang gagal. Teruskan berusaha tanpa mengharapkan redha manusia. Biarpun gagal,asalkan redha Allah tetap menjadi teman sepanjang perjalanan."

Antara jalan-jalan untuk mencapai taqwa, adalah jalan mujahadah! Yakni, bersusah payah untuk agama Allah. Bukankah aku tahu semua ini, tapi kenapa aku jadi begini?

Tahu tak semestinya faham,bukan? Dan Allah inginkan kefahaman mujahadah itu bagi aku,mungkin.

"Ahh.. Study bukan untuk dunia. Tapi untuk akhirat! Mungkin Dia ingin menguji sejauh mana lurusnya niat aku dalam belajar. Besar amanah, besar jugak ujian!"

Dan.

Kalaulah aku mampu untuk mulakan semula.

***************

Aku ingin mulakan dengan apa?

Betulkan niat. Dalami ilmu untuk ummah. Kalau gagal? Ohoh. Gagal aku di mata manusia,tak sama gagal aku pada pandangan Allah. Biar gagal di mata manusia, jangan gagal pada pandangan Allah.

Dan,kalau aku mampu mulakan semula.

Aku ingin menghabiskan sepertiga malam aku denganNya. Aku ingin penuhi siangku dengan belajar keranaNya. Aku ingin penuhi masa lapangku dengan mengingatiNya. Aku ingin mengisi ruang dalam hidupku dengan mengabdikan diri kepadaNya. Dan aku ingin cukupkan hakNya, dengan mengajak manusia kepadaNya.

Kerana aku yakin, hidup ini cuma untukNya. Kejayaan itu pasti,kerana kejayaan adalah milikNya.

Kuatkan aku,YaRabb.






Friday, 5 July 2013

Pemuda Islam

Assalamualaikum wbt.

Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina wa maulana Muhammad.


(Fuhh,fuhh,fuhh.. Tiup-tiup habuk.)



Eheh. Lama tak update laman nie, sebab tak sempat. Mungkin . So, post kali ni berkaitan dengan, syabab atau pemuda. Pemuda islam, syabab islam, yang saban hari semakin jauh dengan agama, yang saban hari semakin kelam dalam anutan agamanya sendiri, yang saban hari semakin sesat dek keyahudian dunia. 

"err,syabab tu bukan ke hang?" *soalan lari tajuk.*


Pemuda.

Ada apa dengan pemuda? Kenapa pentingnya pemuda sehingga dikatakan, nak tengok macam mana sesebuah negara pada masa akan datang, lihatlah golongan pemudanya pada hari ini?

"A thousands of old man are just able to dream, but a young man is able to change the world!"
-Soekarno, The First President of Indonesia-

Tiba-tiba tertanya, apa ada dengan pemuda ye sehinggakan mereka mempunyai potensi yang besar untuk memartabatkan islam?

Jawapan saya,pada mereka, ada semangat juang dan potensi yang sangat hebat untuk di 'exploit'.

Potensi?


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Pemuda dan logam. Ada apa dengan logam, sehingga baginda nabi sendiri menyamakan manusia dengan logam?

"err. logam tu keras, boleh dibentuk, boleh berkarat, semua logam ada kegunaan, logam ada itu, logam ada ini, bla bla blaa....."

Heh. Betul lah tu. Begitu jugak dengan manusia. Manusia ini hebat, tapi dalam masa yang sama boleh berkarat dek dosa, dalam masa yang sama boleh dilentur, dibengkokkan dan sebagainya. TAPI,dalam masa yang sama, manusia ini semuanya ada potensi dan sangat berguna kepada ummat seluruhnya, kalau setiap potensi ini dieksploitasi.

So, what are correlations between steel and a young man? 

Bak kata orang lejen-lejen (baca legend-legend), melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Atau adakah bila seseorang itu sudah dimamah usia baru terkial-kial mencari potensi untuk dibangunkan? Adakah bila seseorang itu sudah mula menjadi 'nyanyok' baru terkinja-kinja membentuk sebuah wawasan yang berasaskan potensi diri yang masih samar?

Semuanya bermula dari awal. Daripada diri seorang pemuda, carilah potensi, exploit potensi, dan gunakan potensi sehabis baik untuk agama!

****************

"Abang,kenapa orang islam sekarang ni ditindas ye? Kenapa islam sekarang ni masih belum mampu di martabatkan lagi ye?"

Err. Nak tau kenapa tak? Jawapannya, kerana islam hari ini mempunyai pemuda-pemuda yang seperti kita! Kerana islam hari ini ketandusan rijal-rijal yang betul-betul bersemangat memperjuangkan agama dengan cara baginda nabi saw! Kerana islam hari ini dahagakan syabab-syabab yang betul-betul thabat atas jalan jihad fi sabilillah!

Teringat akan satu kisah agung, di mana kisah ini menggambarkan kekuatan golongan pemuda itu sendiri.


Di dalam sebuah bilik di Madinah, Saidina Umar duduk bersama sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka “Bermimpilah!”

Ada yang justeru menyatakan mimpinya begini, “Kalau aku dikurniakan harta yang banyak, nescaya pasti ku sumbangkan untuk Islam.”

Begitu juga dengan beberapa orang sahabat lain. Sehinggalah sampai kepada giliran Umar, para sahabat lantas bertanya, “Apa pula mimpimu, hai Umar?”

Kata Umar,“Aku bercita-cita agar lahir lebih ramai pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, dan Muaz bin Jabal.”



Namun, siapakah mereka yang disebut-sebutkan oleh Saiyida Umar Al-Khatab ini?

****************** 

Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah.

Beliaulah yang membunuh bapanya sendiri yang berada di pihak musyrikin sewaktu perang Badar demi mempertahankan akidah islamiah yang agung. Ketika di medan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar-kacir dan ramai yang melarikan diri dari medan perang, beliaulah yang tergesa-gesa mendapatkan baginda nabi saw tanpa takut walau sedikitpun. Beliau jugalah yang mencabut rantai besi yang mencucuk pipi baginda nabi sehingga menyebabkan gigi hadapannya rongak kerana peristiwa itu. Zuhudnya beliau terbukti apabila di rumahnya hanya ada perisai, pedang dan pelana kuda sahaja. Beliau juga dilantik oleh Saidina Umar untuk memimpin tentera islam bagi merebut kembali kawasan tanah arab yang dijajah oleh Rom, sehingga berjaya menawan Baitul Maqdis.

Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidatu di hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Saidina Muaz bin Jabal

Dikurniakan dengan kepintaran dan petah berbicara, serta mempunyai dedikasi yang sangat tinggi. Pada waktu Nabi Muhammad Saw berhijrah ke Madinah, beliau senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur’an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur’an dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Qur’an serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, “Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.” (HR. Tarmizi dan Ibnu Majah).

Beliau juga termasuk dalam enam orang yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Rasulullah Saw. Beliau mengorbankan masa muda beliau, untuk menyebarkan agama Allah serta mengajarkannya di serata tempat. Sewaktu pemerintahan khalifah Saidina Umar, beliau telah ditugaskan untuk mengajarkan agama islam dan al-quran kepada penduduk palestin. Dan beliau wafat pada umur 33 tahun, semasa berada di negeri Urdun, tatkala beliau sibuk menyebarkan agama Allah ke setiap tempat.

*****************

"err,habis mana pemuda islam kita hari ini?"

Ohoh. Pemuda islam kita hari ini, masih lena di buai nikmatnya dunia. Pemuda islam kita hari masih hanyut dibuai arus maksiat. Pemuda islam hari ini masih lemas dalam lautan noda.

Lalu, dengan sikap yang sebegini, masih mahu bermimpi menjadi 'rijal' kebanggaan Nabi Saw?

"Ahhh,rilex la.. Muda lagi. Muda sekali je seumur hidup,so enjoy la dulu."

"Eh? Awalnya hang bertaubat? Takpa,nanti dah tua baru la cari masjid jaga amal semua."

"Hoi,tak remaja lah kalau tak pergi enjoy"

Lagi...

"Hai gegirl,jom keluar malam ni nak? I belanja. Time muda ni la kita nak keluar dating."

*Gulp*

Ahh. Biarkan hari ini kita menjawab, kerana islam punya pemuda yang semacam kita, islam masih gagal untuk di martabatkan!

Lalu, bahagian mana 'pendakwah-pendakwah' di luar sana mampu untuk tidur lena? Bahagian mana mereka mampu untuk berasa selesa?

Ohh pemuda islam. Sungguh, mengalir air mata rasulullah andai baginda ada bersama kita pada hari ini. Bangkit! Islam perlukan rijal yang semacam sahabat-sahabat Rasulullah!

Terlambat?

Rasulullah tidak pernah mengajar ummatnya untuk terlambat. Kalau tahu esok kiamat, tapi hari ini ada biji benih dalam tangan, tanam!

******************

Dr. Morsi digulingkan dengan cara yang hina. Ini disebabkan siapa?

Pemuda.

Lalu,di mana pemuda islam yang lain, yang ingin dr. Morsi dilantik semula? Di mana syabab-syabab kebanggaan nabi hari ini untuk menyedarkan mereka-mereka yang terleka?