Friday, 5 July 2013

Pemuda Islam

Assalamualaikum wbt.

Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina wa maulana Muhammad.


(Fuhh,fuhh,fuhh.. Tiup-tiup habuk.)



Eheh. Lama tak update laman nie, sebab tak sempat. Mungkin . So, post kali ni berkaitan dengan, syabab atau pemuda. Pemuda islam, syabab islam, yang saban hari semakin jauh dengan agama, yang saban hari semakin kelam dalam anutan agamanya sendiri, yang saban hari semakin sesat dek keyahudian dunia. 

"err,syabab tu bukan ke hang?" *soalan lari tajuk.*


Pemuda.

Ada apa dengan pemuda? Kenapa pentingnya pemuda sehingga dikatakan, nak tengok macam mana sesebuah negara pada masa akan datang, lihatlah golongan pemudanya pada hari ini?

"A thousands of old man are just able to dream, but a young man is able to change the world!"
-Soekarno, The First President of Indonesia-

Tiba-tiba tertanya, apa ada dengan pemuda ye sehinggakan mereka mempunyai potensi yang besar untuk memartabatkan islam?

Jawapan saya,pada mereka, ada semangat juang dan potensi yang sangat hebat untuk di 'exploit'.

Potensi?


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Pemuda dan logam. Ada apa dengan logam, sehingga baginda nabi sendiri menyamakan manusia dengan logam?

"err. logam tu keras, boleh dibentuk, boleh berkarat, semua logam ada kegunaan, logam ada itu, logam ada ini, bla bla blaa....."

Heh. Betul lah tu. Begitu jugak dengan manusia. Manusia ini hebat, tapi dalam masa yang sama boleh berkarat dek dosa, dalam masa yang sama boleh dilentur, dibengkokkan dan sebagainya. TAPI,dalam masa yang sama, manusia ini semuanya ada potensi dan sangat berguna kepada ummat seluruhnya, kalau setiap potensi ini dieksploitasi.

So, what are correlations between steel and a young man? 

Bak kata orang lejen-lejen (baca legend-legend), melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Atau adakah bila seseorang itu sudah dimamah usia baru terkial-kial mencari potensi untuk dibangunkan? Adakah bila seseorang itu sudah mula menjadi 'nyanyok' baru terkinja-kinja membentuk sebuah wawasan yang berasaskan potensi diri yang masih samar?

Semuanya bermula dari awal. Daripada diri seorang pemuda, carilah potensi, exploit potensi, dan gunakan potensi sehabis baik untuk agama!

****************

"Abang,kenapa orang islam sekarang ni ditindas ye? Kenapa islam sekarang ni masih belum mampu di martabatkan lagi ye?"

Err. Nak tau kenapa tak? Jawapannya, kerana islam hari ini mempunyai pemuda-pemuda yang seperti kita! Kerana islam hari ini ketandusan rijal-rijal yang betul-betul bersemangat memperjuangkan agama dengan cara baginda nabi saw! Kerana islam hari ini dahagakan syabab-syabab yang betul-betul thabat atas jalan jihad fi sabilillah!

Teringat akan satu kisah agung, di mana kisah ini menggambarkan kekuatan golongan pemuda itu sendiri.


Di dalam sebuah bilik di Madinah, Saidina Umar duduk bersama sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka “Bermimpilah!”

Ada yang justeru menyatakan mimpinya begini, “Kalau aku dikurniakan harta yang banyak, nescaya pasti ku sumbangkan untuk Islam.”

Begitu juga dengan beberapa orang sahabat lain. Sehinggalah sampai kepada giliran Umar, para sahabat lantas bertanya, “Apa pula mimpimu, hai Umar?”

Kata Umar,“Aku bercita-cita agar lahir lebih ramai pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, dan Muaz bin Jabal.”



Namun, siapakah mereka yang disebut-sebutkan oleh Saiyida Umar Al-Khatab ini?

****************** 

Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah.

Beliaulah yang membunuh bapanya sendiri yang berada di pihak musyrikin sewaktu perang Badar demi mempertahankan akidah islamiah yang agung. Ketika di medan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar-kacir dan ramai yang melarikan diri dari medan perang, beliaulah yang tergesa-gesa mendapatkan baginda nabi saw tanpa takut walau sedikitpun. Beliau jugalah yang mencabut rantai besi yang mencucuk pipi baginda nabi sehingga menyebabkan gigi hadapannya rongak kerana peristiwa itu. Zuhudnya beliau terbukti apabila di rumahnya hanya ada perisai, pedang dan pelana kuda sahaja. Beliau juga dilantik oleh Saidina Umar untuk memimpin tentera islam bagi merebut kembali kawasan tanah arab yang dijajah oleh Rom, sehingga berjaya menawan Baitul Maqdis.

Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidatu di hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Saidina Muaz bin Jabal

Dikurniakan dengan kepintaran dan petah berbicara, serta mempunyai dedikasi yang sangat tinggi. Pada waktu Nabi Muhammad Saw berhijrah ke Madinah, beliau senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur’an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur’an dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Qur’an serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, “Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.” (HR. Tarmizi dan Ibnu Majah).

Beliau juga termasuk dalam enam orang yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Rasulullah Saw. Beliau mengorbankan masa muda beliau, untuk menyebarkan agama Allah serta mengajarkannya di serata tempat. Sewaktu pemerintahan khalifah Saidina Umar, beliau telah ditugaskan untuk mengajarkan agama islam dan al-quran kepada penduduk palestin. Dan beliau wafat pada umur 33 tahun, semasa berada di negeri Urdun, tatkala beliau sibuk menyebarkan agama Allah ke setiap tempat.

*****************

"err,habis mana pemuda islam kita hari ini?"

Ohoh. Pemuda islam kita hari ini, masih lena di buai nikmatnya dunia. Pemuda islam kita hari masih hanyut dibuai arus maksiat. Pemuda islam hari ini masih lemas dalam lautan noda.

Lalu, dengan sikap yang sebegini, masih mahu bermimpi menjadi 'rijal' kebanggaan Nabi Saw?

"Ahhh,rilex la.. Muda lagi. Muda sekali je seumur hidup,so enjoy la dulu."

"Eh? Awalnya hang bertaubat? Takpa,nanti dah tua baru la cari masjid jaga amal semua."

"Hoi,tak remaja lah kalau tak pergi enjoy"

Lagi...

"Hai gegirl,jom keluar malam ni nak? I belanja. Time muda ni la kita nak keluar dating."

*Gulp*

Ahh. Biarkan hari ini kita menjawab, kerana islam punya pemuda yang semacam kita, islam masih gagal untuk di martabatkan!

Lalu, bahagian mana 'pendakwah-pendakwah' di luar sana mampu untuk tidur lena? Bahagian mana mereka mampu untuk berasa selesa?

Ohh pemuda islam. Sungguh, mengalir air mata rasulullah andai baginda ada bersama kita pada hari ini. Bangkit! Islam perlukan rijal yang semacam sahabat-sahabat Rasulullah!

Terlambat?

Rasulullah tidak pernah mengajar ummatnya untuk terlambat. Kalau tahu esok kiamat, tapi hari ini ada biji benih dalam tangan, tanam!

******************

Dr. Morsi digulingkan dengan cara yang hina. Ini disebabkan siapa?

Pemuda.

Lalu,di mana pemuda islam yang lain, yang ingin dr. Morsi dilantik semula? Di mana syabab-syabab kebanggaan nabi hari ini untuk menyedarkan mereka-mereka yang terleka?

No comments:

Post a Comment