بسم الله الرحمن الرحيم
Happy birthday ?
Dah hampir masuk 2 mggu, tapi masih berkira-kira dgn perkara yg sama.
Makna ulang tahun yg sebenar.
Kehidupan yg mematikan, atau kematian yg menghidupkan ?
Serius talk.
Tanggal sekian-sekian hari bulan, yang kita sendiri gelar sbg hari lahir, normally mmbuat kita rse agak bahagia dan sedikit tua. Eheh.
Tapi.
Entah knape aku rse sedikit lain. Huhu.
Sebab?
Tulah. Kehidupan yang mematikan, atau kematian yang menghidupkan.
Alhmdulillah,
21 tahun Allah kurniakan umur utk aku.
21 tahun Allah bagi peluang utk aku collect bekal utk kehidupan di sana,
21 tahun Allah beri masa utk aku cuba mencintaiNya,
Tapi 21 tahun jugaklah aku terus menerus melakukan dosa. Hm.
Teringat kisah kewafatan baginda nabi saw..
Di mana, asbab kisah kewafatan ini berjaya menghidupkan banyak hati-hati yg mati. Hati yg keras pun bisa lembut dek kerana kisah yg mahsyur ni. Hm.
Lagi?
Arwah ahmad ammar. Yang individunya kebanyakan dpd kita kenal selepas perginya arwah kepada Allah.
Ya, Allah pilih dia utk menjadi asbab hidayah utk ramai individu di kalangan umat pada hari ni.
Dan, banyak lagi..
Kematian yang menghidupkan, bukan?
Perginya satu individu hebat, kemudian menghidupkan banyak hati-hati yang mati.
Atau aku hanya seorang individu yang hidup,
tetapi menyebabkan banyak hati-hati yang mati?
Astaghfirullah.
Teringat kata-kata saidina abu bakr,
"Aku tidak rela melihat agama ini mati sedangkan aku masih hidup.!"
Muhasabah diri sendiri.
Tika mana aku masih hidup, adakah agama ini terus hidup, atau mulai mati?
Apa jawapan aku pada Sang Rabb di mahsyar nanti ? Allah..
Saidina Umar berkata selepas kewafatan baginda nabi saw.
"Jangan siapa-siapa mengatakan bahawa baginda telah mati, kerana sesungguhnya baginda hidup di hati aku. Dan siapa yg lebih layak menangisi pemergian baginda? Tunggul pokok kurma (yg satu ketika di jadikan tempat berkhutbah nabi saw) atau kita sendiri umat nabi saw?"
Dan siapa yg dlm hatinya masih basah kecintaan dan kerinduan kpd nabi saw, nescaya suburlah agama dlm dirinya.
YaRasulullah, cukuplah umur ini buat ku. Sungguh, kematian itu bukan menjauhkan, tetapi mendekatkan. Benar, aku rindu padamu, ya rasulullah saw.
Sollu 'ala nabiy.
Doakan aku, sahabat.
![]() |
| Guane rupa agaknya hati kita? Hm |
