Saturday, 20 June 2015

Harapan

Bismillah.

Alhmdulillah puasa hari ke-4 sudah. Moga 3 hari yg berlalu ni, Allah terima smua ibadat kita, istighfar kita, dan doa kita.

Harapan.
Salah ke eh kita ni berharap?

Cntoh plg dekat.
Berharap dpt habis kn ramadhan ni dgn superb.
Superb ibadatnya, dgn doanya, istighfarnya, mcm-mcm lagiii.

Dan berharap dpt mlm al-qadr. Hm.

So bunyi mcm tk slh kan.
Tp knape kdg-kdg harapan yg selalu jd sebab kita kecewa ye?

Dh qiam hari-hari, tapiii tiba-tiba Allah lena kan kita time mlm al-qadr. Bngun pagi, kwn2 lain sume duk ckp mlm td sejuk, mlm td nyaman, hujan renyai sikit-sikit, boleh ckp sume sign al-qadr tu ad lah!

Ap kita rasa? Kechiwa baq hang. Serius.

Sma je mcm in real life.

Berharap pd seorang gadis. Dh usaha habis baik mnjga mata, hati, & pergaulan. Tp bila tk dpt, kechiwa kan..?

Takut pun ad bila jd mcm tu. Hm.

Then, mybe sme mcm study. Dah usaha gila teruk la. Stay up smpai rabak mata. Buat tutorial smpai 2 kali pheww. Tp bila result so so je, sme mcm bdk yg tk brpe nk study, dlm hati kdg2 ad jgk rse sedih, kan?

Yup. Kechiwa sbb berharap.
So solution dia, berhenti dpd berharap ke cane?

Tkdelah. Sebenarnya manusia hidup atas muka bumi ini dgn harapan. Berharap, ad bahagia utknya di masa hadapan, sama ad d sini atau d sana nanti. So, kenapa kne berhenti dpd berharap?

"Habis nanti kechiwa. Klu nk follow the flow je boleh tk? Tknak berharap pape..."

Eheh. Boleh pulak mcm tu.
Sbnr nye, bukan harapan tu yg mengecewakan. Yg mngecewakan kita, adlh tempat pengharapan kita tu.

Kita ni, berharap pd manusia ke, or barang ke, atau usaha semata-mata?

Bukan ke mnd ni semua makhluk, yg pd mereka-mereka ni adlh satu perkara yg tidak tetap & tidak kekal? Dan macam kita tau, makhluk ni langsung tk mampu bg manfaat mahupun mudarat kat kita.

Cuba kita gantung harapan kita pd yg kekal. Siapa?

Allah. :)

Mcm abam mat lutfi pesan,
"Kalau agama ni tak memberikan harapan, maka ia bukan dari Tuhan."

Nmpak kn. Hakikat pengharapan satu org hmba tu hnya pd Tuhan.

Sebab, Allah tk akan pernah nk kecewakan hmba Dia yg berharap hnya pd Dia.

Biar trlepas mlm al-qadr sekalipun, tp sebab kita tau Allah tu Maha Menilai, dan pada Dia satu2nya kita sandarkan harapan kita, maka Tuhan yg mencipta mlm al-qadr tu, boleh je nk terus hidupkan hati kita utk hari-hari mendatang.

Biarpun kechiwa sbb tk dapat gadis yg d usaha dgn gigihnya, sbb harapan tu pd Tuhan, maka harapan tu tetap ad.

Biar result so so je tp sbb harapan tu pd Tuhan, maka dgn mudah kita boleh tersenyum bahagia. Tanda bersyukur.

Harapan pd Tuhan ni lah yg akan melahirkan hati-hati yg sentiasa bersangka baik dgn Tuhan.

Sebab.
Harapan pd manusia ni hanya tinggal satu harapan yg mngecewakan.

Tknak jatuh lubang yg sama dua kali, kan. So, jom start belajar-belajar berharap hnya pd Tuhan.

[20 June 2015, 0335]

Friday, 5 June 2015

Hidup Segan, Mati Tak Mahu.

"Kalau ko diberi pilihan utk pilih brpe lama ko nk hidup kt dunia ni, brpe lama yg ko akan pilih?"

Soalan yang masih terngiang-ngiang sampai hari ni.
Jawapan dia?

Entah lah,
Kalau mntak hidup lama, takut beban dosa makin bertambah.
Kalau mntak hidup sekejap, takut bekal pahala tk cukup nak buat bekalan kat sana.

Senang cakap, nak ke kanan pun tk sure. Nak ke kiri pun tk sure.

Life is a choice.
Remember the road not taken?
No matter how long you'll live, no matter which 'road' you have choosed,

As long as you have Allah by your side, I think it is more than enough.

Its my answer, maybe.
Anything related to Allah, everything will flow nicely.

Kan?

"Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang ap guna nyaa.. (2x)" Eheh..

Boleh faham kot.
Sesaat dgn Allah, lebih baik dari hidup seribu tahun tanpa Allah.

Bukan masa yg jadi persoalan, tapi sejauh mana kita memanfaatkan masa dgn Allah tu yg kita kena fokuskan, kan?

Nanti bila nk guna motor, tgok meter mileage tu, berapa jauh dah perjalanan kita tempuhi guna motor tu.

Dan.
Muhasabah, dalam sejauh-jauh perjalanan kita, berapa kerat yg mmbawa kita kpd majlis-majlis agama, ke masjid, ke mana-mana tmpt yg mmbawa kita kpd agama?

Muhasabah. Serius.

[6 Jun 2015, 0221]

Wednesday, 1 October 2014

Tulang Rusuk Kiri.

assalamualaikum.

tajuk bunyi mcm utk lelaki. kalau perempuan nk gelar ap? bakal imam maybe. leuls.

umur dh 21 tahun, masing-masing sibuk cari bakal zaujah, bakal isteri, bakal ibu kpd anak-anak, bakal penolong suami dalam usaha agama. cewah.

xtahu la sume ni alasan yg betul-betul boleh pakai, or just nk puas kan permintaan hati tu, kan?

"err. permintaan hati?"

yup.
masing-masing ad keinginan utk berpasang-pasangan kot. tipu lah kalau takde.

salah?
takdelah. sbb tu fitrah kot. watlek sudah. cuma, satu je. urus dgn baik.

sebelum pape, muhasabah diri dulu. sebelum minta amanah yg baru, tanya diri sndiri, amanah yg sedia ada ni, dh sempurnakan ke? kalau tahap sempurna tu terlalu jauh, err, dh usaha utk tunaikan ke?

amanah.
berat ter. serius. kita ad satu, then x mampu tunai. tp kita mintak lagi satu.
macam keldai.

tapi, ad kawan aku ckp, kalau tak try, takut ad org lain ambik. saded. so cane? huhu.

entahlah.
ni bg aku la.
ap-ap yg ko korbankan utk Dia, Dia akan bg dgn sumthing yg lebih baik. sbb sifat-sifat suci Dia lain dari makhluk. Sifat maha penyayang, maha pengasih Allah tu lain.

kita dh seronok kan Allah dalam satu hal, cuba bayangkan tara mana Allah akan seronok kan hamba Dia tu. tak terbayang kut!

mende mcm ni mmg kne usaha gila-gila kut. rilek je. slow slow.
lain, Dia gtau dlm satu hadith. maksud dia lebih kurang.

sape-sape yg paling kan dari kecantikan seseorang wanita, maka Allah akan beri kemanisan dlm hati dia (kemanisan iman).

Iman ni, kalau manusia tau nilai dia, hari ni sume org duk berlumba-lumba buat amal. sbb setan ni tahu nilai iman la, dorg keje keras dpd dulu smpai kiamat, nk rosakkan iman cucu cicit nabi adam ni haa.

see?
hanya dgn berpaling dari kecantikan wanita, Allah bg rse manis nya iman.
cuba bayang kan, kalau kita single sbb Allah..

usaha tu memang la usaha.
tapi usaha yg macam mana? usaha yg seperti ap yg kita faham?

"cari jodoh dalam hati kamu."
aku tak ingat sape gitau ni. hehe.

bak kata kawan aku, firdaus norijan.
"kalau tak berniat memetik, jangan usik."

cinta ni berhulu dari Allah, dan biar lah ia berhilir juga kpd Allah.
kenapa kita perlu ganggu aliran nya?

....





Thursday, 3 April 2014

Mencintai tanpa dicintai.

Bismillah,

Mencintai tanpa dicintai,
Macam sedih gila kan bunyi?

Yelah, bayangkan ini terjadi antara anda dgn crush anda. ewah!
Macam orang lejen-lejen (sila baca legend) bagitau, seperti bertepuk sebelah tangan.

Serius sedih!

"Aku suka kan si alia, tapi alia suka kat org lain. Isk isk."

Menangis punyalah!
Takpun hilang selera makan. Sigh!

Cinta manusia yg biasa ni pun dh terasa sedih kalau tidak dibalas, apetah lagi cinta yg lebih agung & mahal, kan? Okay, kita up sikit konteks cinta kita.

Kepada Allah dan Rasul.

***

Mencintai tanpa dicintai,
Apa jadi kalau ini yg sebenarnya terjadi antara kita dgn Tuhan, antara kita dgn Rasulullah.

Perit dia mesti la parah kan?

Muhasabah.
Selamat menjadi hamba kpd Tuhan dgn sebenar2nya.

***

"Antara orang yg dicintai Allah adalah orang yg berbuat ehsan dan yg sabar." -habib ali zainal abidin-

Apa lagi, mohon laju-laju belajar sabar dan berbuat ehsan. itu baru dua, belum tiga, belum empat sifat yg menghantarkan cinta Allah kpd kita, hambaNya.

"Orang yang menganggap masuk syurga itu boleh dgn bersenang-lenang, maka dia adalah jahil." -habib ali zainal abidin-

maghi tepuk tangan laju-laju, biar sampai ada bunyi. Sigh!

:)

Tuesday, 1 April 2014

Remaja & Cinta

Bismillah.

Cinta.
Macam hot je tajuk. Ehemm.

Remaja & cinta,
Okay, highlight kali ni cinta manusia yg berlainan jantina, cinta kpd fitrah yg lurus.
Perkara biasalah kan, kalau dengar remaja ni bercinta, agak rare kut kalau dengar atuk berkapel. Eheh.

"Atuk ni dah couple dgn jiran sebelah dh 20 tahun dh. Tak kawen-kawen lagi cuuu."

Jatuh kerusi.

***

Kenapa asal remaja je mesti nak cinta?

"Biasalah, budak baru nak up." Gitu? Sigh!

Bukan. Cuma Allah mula mendatangkan rasa ingin berpasang-pasangan pada tahap umur remaja. Allah yg menjadikan kita sebegitu. Allah dgn kudratNya (kemampuanNya) & iradatNya (keinginanNya) menjadikan alam ini seperti itu.

So, kita sebagai hamba marhaen yg melata di muka bumi Dia ni hanya mengikut ap saja yg Dia dah tetapkan. Ha gituhhh.

Persoalannya, adakah Dia menjadikan sesuatu dgn teratur atau berterabur?
Soalan easy habis,
Mestilah teratur, kan?

Setiap masalah yg Dia ciptakan, Dia sediakan penyelesaian.
Setiap yg negative, ada yg positive,
Setiap adam, ada hawanya. Eh? :D

***

So, ap masalah remaja & cinta ni?

Takda pa problem pun nak, cuma,

The sikit problem is,
Ramai di kalangan kita yg bercinta bagai nak rakkk, hingga lupa tujuan asal kehidupan beragama.

Makan dgn girlfriend, minum dgn girlfriend, pergi kelas dgn girlfriend. Bak kata si roomate tercinta, takde life langsung tengok brader-brader bercinta ni. Eheh.

Tujuan hidup?

“Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56)

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

Taraaaa !!! Dua verse Quran yg menjawab kpd soalan di atas dgn full mark! Phew~

Nak bercinta, just go on with that.
Just sebelum buat ap-ap, kena ad ilmu. Urus dgn ilmu.

Jangan sampai terbabas dek cinta, semua yang hitam jadi putih, yang buruk yang cntik, dan yang MUNKAR jadi MA'RUF !

Yang lagi parah, elok-elok dalam landasan dakwah, tiba-tiba terbabas masuk gaung sbb jumpa akhawat 'solehah' si cantik jelita buat calon zaujah? Duhhh!

***

Perjuangan manusia (sila baca remaja) bukan sekadar mencari cinta manusia,
Kononnya ingin membina baitul muslim yg sejajar dgn kehendak ummah utk membuahkan benih-benih yg subur lagi menyuburkan dakwah islamiyah? Sigh!

Dagu jatuh bawah.

"Carilah jodoh dalam dirimu." -kawan-

Deep.

Bercinta dgn matlamat kita yg jelas dulu,
Dan kita pasti akan ditemukan dgn cinta manusia yg sebenar pada jalan yg kita cintakan sepenuhnya.

"Yang ada awek tu sila sahut cabaran Mohon Clash sekarang juga ye?" Cabut lari. Eheh.

***

Fikirkan,
Kalau perjuangan dan amanah hamba bergelar manusia ni terhenti sekadar mencari cinta manusia, kenapa bila ditawarkan amanah dan tugasan yg sama ke atas langit & bumi, kedua-duanya menolak ?

Muhasabah.







Monday, 31 March 2014

Lafaz Yang Tersimpan

Assalamualaikum.

Eheh. Macam tajuk lagu ler pulak.
In Team - Lafaz Yang Tersimpan. Sigh!

Lama tak meroyan kat sini. Nak kata busy tu taklah, mungkin sbb rasa diri ni hina sgt smpai tak mampu nak menulis pape, kot? erk!

What the heck with that song? What so special?

Nothing special, but the lyrics are so so meaningful. About a word that we shall confess to someone that we love, selagi ada masa. Hurm.

"Confess kat sape ni haaa? Awex ke? Hiks."

Taklaahhhh. Of course la kat the truth love selepas Allah dan rasul, insan yang kita gelar ibu ayah, mama abah, mak bapak, umi abi, etc.

Kita ad banyak masa ke nak cakap kat dorg kata sayang dpd kita? heh.
Memang ajal maut di tangan kita pun. *sarcasm*

***

Bayangkan,
Hari ni our parent tgh happy-happy call kita, bergurau dgn kita. Tapi malam tu, kita dpt bad news, yg dorg dh kembali ke rahmatullah.

Bayangkan,
Baru petang tadi, parent kita melawat kita kat hostel, makan sama-sama, gelak sama-sama. Tapi on the way nak balik rumah, they got accident and died on the spot.

And bayangkan,
The moment kita ada rasa nak cakap, "Mom, seriously i love you so much!." Tapi x terluah sebab kita rasa kita punya banyak waktu utk ucap ayat mcm tu kat diorg. Tiba-tiba jek kita dpt berita yg sgt2 tak sedap telinga mendengar. They've gone. Ha cane rase?

Menyesal? Takguna dah time tu.
Nak menangis? Boleh ja nak nangis, tapi do they ever come back to you and hear what you wanna say? NOPE!

***

Pegi call mama,
Pegi call abah,
Then, just say that, "i love you so much, thanks for all the memories, the sacrifices, and the love that mama abah gives to me."

Tambah kat bawah,
"Adik just nak kita sekeluarga sama-sama masuk syurga nanti. Adik sayang mama abah, bukan hnya di sini, tapi smpai syurga."

"Hebatnya kita hari ni bukan kerana kita betul-betul hebat, tapi kerana berkat doa ibu-bapa kita."-Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf.

See?
Apa hebat nya kita?

*eheh, lupa. boleh cek lirik lagu tu anddd layan~ :D

Sunday, 2 February 2014

Kehidupan yang Mematikan.



بسم الله الرحمن الرحيم 


Happy birthday ?
Dah hampir masuk 2 mggu, tapi masih berkira-kira dgn perkara yg sama.

Makna ulang tahun yg sebenar.
Kehidupan yg mematikan, atau kematian yg menghidupkan ?

Serius talk.

Tanggal sekian-sekian hari bulan, yang kita sendiri gelar sbg hari lahir, normally mmbuat kita rse agak bahagia dan sedikit tua. Eheh.

Tapi.
Entah knape aku rse sedikit lain. Huhu.
Sebab?

Tulah. Kehidupan yang mematikan, atau kematian yang menghidupkan.

Alhmdulillah,
21 tahun Allah kurniakan umur utk aku.
21 tahun Allah bagi peluang utk aku collect bekal utk kehidupan di sana,
21 tahun Allah beri masa utk aku cuba mencintaiNya,
Tapi 21 tahun jugaklah aku terus menerus melakukan dosa. Hm.

Teringat kisah kewafatan baginda nabi saw..
Di mana, asbab kisah kewafatan ini berjaya menghidupkan banyak hati-hati yg mati. Hati yg keras pun bisa lembut dek kerana kisah yg mahsyur ni. Hm.

Lagi?
Arwah ahmad ammar. Yang individunya kebanyakan dpd kita kenal selepas perginya arwah kepada Allah.
Ya, Allah pilih dia utk menjadi asbab hidayah utk ramai individu di kalangan umat pada hari ni.

Dan, banyak lagi..

Kematian yang menghidupkan, bukan?
Perginya satu individu hebat, kemudian menghidupkan banyak hati-hati yang mati.

Atau aku hanya seorang individu yang hidup,
tetapi menyebabkan banyak hati-hati yang mati?

Astaghfirullah.

Teringat kata-kata saidina abu bakr,
"Aku tidak rela melihat agama ini mati sedangkan aku masih hidup.!"

Muhasabah diri sendiri.
Tika mana aku masih hidup, adakah agama ini terus hidup, atau mulai mati?
Apa jawapan aku pada Sang Rabb di mahsyar nanti ? Allah..

Saidina Umar berkata selepas kewafatan baginda nabi saw.
"Jangan siapa-siapa mengatakan bahawa baginda telah mati, kerana sesungguhnya baginda hidup di hati aku. Dan siapa yg lebih layak menangisi pemergian baginda? Tunggul pokok kurma (yg satu ketika di jadikan tempat berkhutbah nabi saw) atau kita sendiri umat nabi saw?"

Dan siapa yg dlm hatinya masih basah kecintaan dan kerinduan kpd nabi saw, nescaya suburlah agama dlm dirinya.

YaRasulullah, cukuplah umur ini buat ku. Sungguh, kematian itu bukan menjauhkan, tetapi mendekatkan. Benar, aku rindu padamu, ya rasulullah saw.

Sollu 'ala nabiy.
Doakan aku, sahabat.


Guane rupa agaknya hati kita? Hm

Wednesday, 30 October 2013

Sahabat,

Sahabat,

Di jalan ini, aku temukan cinta.
Di jalan ini juga, aku temukan rindu,

Hanya kpd Allah dan rasul.
InsyaAllahu taala anhu.

Di jalan ini juga aku kenal kpd sebuah usaha,
Usaha utk mmbawa semula ummat, kpd agama.

Aku juga kenal sebuah tangisan,
Tangisan untuk ummat,
Fikir untuk ummat,
Serta korban untuk ummat.

Kerana,
Bukan cinta namanya,
Kalau suka bukan sama suka,
Dan tangis bukan sama tangisnya.

Begitulah,
Andai benar cintakan baginda,
Pasti suka ap yang baginda suka,
Pasti kecewa dengan ap yg baginda kecewakan,
Dan,
Pasti usaha dengan ap yg baginda usahakan.

Tapi,
Aku juga seperti mereka,
Yang masih tertatih dalam menyusun langkah perjuangan,
Yang masih jauh dalam langkah penghijrahan,
Yang terkadang aku terjatuh sendiri di jalanan dek kerana wahn,

Bantu aku,
Pimpin aku,

Kerana aku tahu yg kalian dah terlalu jauh meninggalkan,
dalam gerabak dakwah yang penuh dugaan,

Harap,
Kalian pimpin aku,
Sehingga masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT.
InsyaAllahu taala anhu.
Boleh kan ? :)

Sunday, 29 September 2013

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor


Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Err. Serius tak relate langsung tajuk kat atas dgn post ni. Luls.

*Dagu bawah jatuh*

Nak tnya,
Agaknya, kalau sahabat tu budak surau, atau budak usrah, ap expectation kita pd dia?

Qowiiyy.
Alim.
Ilmu bnyak. Pro hukum-hakam. Kalau kita tnya pasal hukum, kita expect dia boleh jawab semua.

Lagi..

Jarang buat salah. Kalau buat salah tu mcm pelik,kan?

Dapat-dapat bila dia seorang yg tegar dalam mengamalkan sunnah. Contoh?

Kopiah 24 jam melekat atas kepala. Seluar dilipat selalu. Bukan kerana isbal, cuma mahu ikut jejak baginda nabi pakai seluar.

Ninja wacha wacha (niqabis) apetah lagi. Tudung labuh bukan setakat tutup dada, tapi sampai tutup siku. Eheh.

Hem.

Tapi ap jadi ye kalau diorg 'ter' buat salah, sama ada sekali, dua kali ?

"Puii, alim-alim kucing."

"Lol. Kau ni harap pakai purdah, tapi indah khabar dari rupa !"

Krik. Krik. Krik.

Kesian kan diorg. Buat salah sekali, terus kena tembak berdas-das. Buat khilaf sekali, terus kena pancung tiga empat kali.

Jangalanh mcm tu sahabat. 

Dia tetap manusia biasa. Yang lahirnya di kurun akhir zaman, yg pada kurun ini dikhabarkan ujian yg berat utk hamba-hambaNya yg ingin cuba taat dan beriman.

Dia, walaupun zahirnya nampak qowiyy, hatinya siapa yg tahu ? Mungkin masih bersisa-sisa memberi motivasi utk diri sendiri, yg terkadang kita sendiri pun tak mampu nk buat.

Dan.
Dia pun masih dalam proses memburu mahabbah Allah dan rasul. Biasalah, menjadi seorang pemburu cinta yg hakiki bukan mudah. Bnyak liku-liku yg wajib dilalui !

Seqowiiy qowiiy dia, dia tetap bukan kalangan anbiya, yg bukan maksum dari dosa.

Tanya diri kita, 

Sejauh mana effort kita utk dekat dgn Rabb.
Sehebat mana mujahadah kita utk islah diri kita.
Sedahsyat mana pengorbanan kita utk amal agama dan dapatkan faham dalam agama.

Atau mungkin kita ni hanya seorang lagi muslim, yg muslimnya hanya pada kad pengenalan ?

Eheh.

Kalau tak mampu buat baik, jangan halang org dari buat baik.
Kalau taknak buat jahat, jangan tolong org lain dari buat perkara-perkara jahat.

Suka aku petik kata-kata dari seorang sahabat,

"Buatlah dosa yg sama berulang kali, kalau kita boleh jamin adanya taufiq dan hidayah Allah utk kita dua kali."

Tengok pokok,
Hakikatnya pokok tu lebih beriman dari kita, 
Atau dari si budak surau, si ninja wacha wacha,

Kerana,
Pokok itu setia dalam taat, tanpa jemu dan bosan.
Yang kerjanya menjalankan seperti ap yg diperintahkan Allah.

Siangnya melepaskan oxygen. Malamnya melepaskan karbon dioksida.
Musim luruhnya, menggugurkan daun-daun dari batang tubuhnya. Musin bunga pula, mencuba sehabis baik utk mengeluarkan bunga-bunga yg cantik.

Hakikatnya, pokok dan alam ini lebih beriman dari manusia.

Andai nampak si ikhwah yg jatuh dalam medan dakwahnya, bantulah dia.
Andai nampak si ikhwah yg baru bertatih ingin berhijrah, sokonglah dia.

Moga Allah bagi faham.
Moga Allah bagi rasa risau fikir akan ummat dalam hati kita.



Friday, 30 August 2013

Merdeka ! Err.


Merdeka. 

Muehehehe. Tajuk masyuk. Entah, merdekakah kita ?

Semalam main dota. Malam keluar main futsal. Siang tidoq. Eh lupa, hari-hari mesej awek. Tapi pinggan lupa nak basuh. Erk !

Ap erti merdeka ?

Penjajah belajar pergi dari bumi malaya. 
Negara kita maju, berwawasan 2020.
Ada banyak bangunan tinggi-tinggi.
Ramai ada pistol dan bom. Sampai tahap bunuh diri pakai bom c4. Haha.

Merdekakah kita ?

Study lewat malam, subuh tak sedar. Last-last gajah pun turut bersubuh. (sila baca subuh gajah xD )
Lepak kedai makan, tengok bola. Habis bola, round bandar. Eh lupa, belum isyak lagi. 
Main bola petang-petang, tiba-tiba azan maghrib. Lek luuuu, sap kok luuu. Heh.

Entah. Merdekakah kita?

Bawak awek naik motor sekali. Pastu main brek. Err.
Duit biasiswa habis ke moto. Last-last duit makan tak cukup. (sniper diri sendiri)
Hari-hari tweet & post dakwah, tapi lupa pulak nak beramal. Lupa? Lol.

Selamat hari merdeka kali ke ?
Jawab sendiri. xD