Tuesday, 1 April 2014

Remaja & Cinta

Bismillah.

Cinta.
Macam hot je tajuk. Ehemm.

Remaja & cinta,
Okay, highlight kali ni cinta manusia yg berlainan jantina, cinta kpd fitrah yg lurus.
Perkara biasalah kan, kalau dengar remaja ni bercinta, agak rare kut kalau dengar atuk berkapel. Eheh.

"Atuk ni dah couple dgn jiran sebelah dh 20 tahun dh. Tak kawen-kawen lagi cuuu."

Jatuh kerusi.

***

Kenapa asal remaja je mesti nak cinta?

"Biasalah, budak baru nak up." Gitu? Sigh!

Bukan. Cuma Allah mula mendatangkan rasa ingin berpasang-pasangan pada tahap umur remaja. Allah yg menjadikan kita sebegitu. Allah dgn kudratNya (kemampuanNya) & iradatNya (keinginanNya) menjadikan alam ini seperti itu.

So, kita sebagai hamba marhaen yg melata di muka bumi Dia ni hanya mengikut ap saja yg Dia dah tetapkan. Ha gituhhh.

Persoalannya, adakah Dia menjadikan sesuatu dgn teratur atau berterabur?
Soalan easy habis,
Mestilah teratur, kan?

Setiap masalah yg Dia ciptakan, Dia sediakan penyelesaian.
Setiap yg negative, ada yg positive,
Setiap adam, ada hawanya. Eh? :D

***

So, ap masalah remaja & cinta ni?

Takda pa problem pun nak, cuma,

The sikit problem is,
Ramai di kalangan kita yg bercinta bagai nak rakkk, hingga lupa tujuan asal kehidupan beragama.

Makan dgn girlfriend, minum dgn girlfriend, pergi kelas dgn girlfriend. Bak kata si roomate tercinta, takde life langsung tengok brader-brader bercinta ni. Eheh.

Tujuan hidup?

“Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56)

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

Taraaaa !!! Dua verse Quran yg menjawab kpd soalan di atas dgn full mark! Phew~

Nak bercinta, just go on with that.
Just sebelum buat ap-ap, kena ad ilmu. Urus dgn ilmu.

Jangan sampai terbabas dek cinta, semua yang hitam jadi putih, yang buruk yang cntik, dan yang MUNKAR jadi MA'RUF !

Yang lagi parah, elok-elok dalam landasan dakwah, tiba-tiba terbabas masuk gaung sbb jumpa akhawat 'solehah' si cantik jelita buat calon zaujah? Duhhh!

***

Perjuangan manusia (sila baca remaja) bukan sekadar mencari cinta manusia,
Kononnya ingin membina baitul muslim yg sejajar dgn kehendak ummah utk membuahkan benih-benih yg subur lagi menyuburkan dakwah islamiyah? Sigh!

Dagu jatuh bawah.

"Carilah jodoh dalam dirimu." -kawan-

Deep.

Bercinta dgn matlamat kita yg jelas dulu,
Dan kita pasti akan ditemukan dgn cinta manusia yg sebenar pada jalan yg kita cintakan sepenuhnya.

"Yang ada awek tu sila sahut cabaran Mohon Clash sekarang juga ye?" Cabut lari. Eheh.

***

Fikirkan,
Kalau perjuangan dan amanah hamba bergelar manusia ni terhenti sekadar mencari cinta manusia, kenapa bila ditawarkan amanah dan tugasan yg sama ke atas langit & bumi, kedua-duanya menolak ?

Muhasabah.







No comments:

Post a Comment