Sahabat,
Di jalan ini, aku temukan cinta.
Di jalan ini juga, aku temukan rindu,
Hanya kpd Allah dan rasul.
InsyaAllahu taala anhu.
Di jalan ini juga aku kenal kpd sebuah usaha,
Usaha utk mmbawa semula ummat, kpd agama.
Aku juga kenal sebuah tangisan,
Tangisan untuk ummat,
Fikir untuk ummat,
Serta korban untuk ummat.
Kerana,
Bukan cinta namanya,
Kalau suka bukan sama suka,
Dan tangis bukan sama tangisnya.
Begitulah,
Andai benar cintakan baginda,
Pasti suka ap yang baginda suka,
Pasti kecewa dengan ap yg baginda kecewakan,
Dan,
Pasti usaha dengan ap yg baginda usahakan.
Tapi,
Aku juga seperti mereka,
Yang masih tertatih dalam menyusun langkah perjuangan,
Yang masih jauh dalam langkah penghijrahan,
Yang terkadang aku terjatuh sendiri di jalanan dek kerana wahn,
Bantu aku,
Pimpin aku,
Kerana aku tahu yg kalian dah terlalu jauh meninggalkan,
dalam gerabak dakwah yang penuh dugaan,
Harap,
Kalian pimpin aku,
Sehingga masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT.
InsyaAllahu taala anhu.
Boleh kan ? :)
Wednesday, 30 October 2013
Sunday, 29 September 2013
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Err. Serius tak relate langsung tajuk kat atas dgn post ni. Luls.
*Dagu bawah jatuh*
Nak tnya,
Agaknya, kalau sahabat tu budak surau, atau budak usrah, ap expectation kita pd dia?
Qowiiyy.
Alim.
Ilmu bnyak. Pro hukum-hakam. Kalau kita tnya pasal hukum, kita expect dia boleh jawab semua.
Lagi..
Jarang buat salah. Kalau buat salah tu mcm pelik,kan?
Dapat-dapat bila dia seorang yg tegar dalam mengamalkan sunnah. Contoh?
Kopiah 24 jam melekat atas kepala. Seluar dilipat selalu. Bukan kerana isbal, cuma mahu ikut jejak baginda nabi pakai seluar.
Ninja wacha wacha (niqabis) apetah lagi. Tudung labuh bukan setakat tutup dada, tapi sampai tutup siku. Eheh.
Hem.
Tapi ap jadi ye kalau diorg 'ter' buat salah, sama ada sekali, dua kali ?
"Puii, alim-alim kucing."
"Lol. Kau ni harap pakai purdah, tapi indah khabar dari rupa !"
Krik. Krik. Krik.
Kesian kan diorg. Buat salah sekali, terus kena tembak berdas-das. Buat khilaf sekali, terus kena pancung tiga empat kali.
Jangalanh mcm tu sahabat.
Dia tetap manusia biasa. Yang lahirnya di kurun akhir zaman, yg pada kurun ini dikhabarkan ujian yg berat utk hamba-hambaNya yg ingin cuba taat dan beriman.
Dia, walaupun zahirnya nampak qowiyy, hatinya siapa yg tahu ? Mungkin masih bersisa-sisa memberi motivasi utk diri sendiri, yg terkadang kita sendiri pun tak mampu nk buat.
Dan.
Dia pun masih dalam proses memburu mahabbah Allah dan rasul. Biasalah, menjadi seorang pemburu cinta yg hakiki bukan mudah. Bnyak liku-liku yg wajib dilalui !
Seqowiiy qowiiy dia, dia tetap bukan kalangan anbiya, yg bukan maksum dari dosa.
Tanya diri kita,
Sejauh mana effort kita utk dekat dgn Rabb.
Sehebat mana mujahadah kita utk islah diri kita.
Sedahsyat mana pengorbanan kita utk amal agama dan dapatkan faham dalam agama.
Atau mungkin kita ni hanya seorang lagi muslim, yg muslimnya hanya pada kad pengenalan ?
Eheh.
Kalau tak mampu buat baik, jangan halang org dari buat baik.
Kalau taknak buat jahat, jangan tolong org lain dari buat perkara-perkara jahat.
Suka aku petik kata-kata dari seorang sahabat,
"Buatlah dosa yg sama berulang kali, kalau kita boleh jamin adanya taufiq dan hidayah Allah utk kita dua kali."
Tengok pokok,
Hakikatnya pokok tu lebih beriman dari kita,
Atau dari si budak surau, si ninja wacha wacha,
Kerana,
Pokok itu setia dalam taat, tanpa jemu dan bosan.
Yang kerjanya menjalankan seperti ap yg diperintahkan Allah.
Siangnya melepaskan oxygen. Malamnya melepaskan karbon dioksida.
Musim luruhnya, menggugurkan daun-daun dari batang tubuhnya. Musin bunga pula, mencuba sehabis baik utk mengeluarkan bunga-bunga yg cantik.
Hakikatnya, pokok dan alam ini lebih beriman dari manusia.
Andai nampak si ikhwah yg jatuh dalam medan dakwahnya, bantulah dia.
Andai nampak si ikhwah yg baru bertatih ingin berhijrah, sokonglah dia.
Moga Allah bagi faham.
Moga Allah bagi rasa risau fikir akan ummat dalam hati kita.
Friday, 30 August 2013
Merdeka ! Err.
Merdeka.
Muehehehe. Tajuk masyuk. Entah, merdekakah kita ?
Semalam main dota. Malam keluar main futsal. Siang tidoq. Eh lupa, hari-hari mesej awek. Tapi pinggan lupa nak basuh. Erk !
Ap erti merdeka ?
Penjajah belajar pergi dari bumi malaya.
Negara kita maju, berwawasan 2020.
Ada banyak bangunan tinggi-tinggi.
Ramai ada pistol dan bom. Sampai tahap bunuh diri pakai bom c4. Haha.
Merdekakah kita ?
Study lewat malam, subuh tak sedar. Last-last gajah pun turut bersubuh. (sila baca subuh gajah xD )
Lepak kedai makan, tengok bola. Habis bola, round bandar. Eh lupa, belum isyak lagi.
Main bola petang-petang, tiba-tiba azan maghrib. Lek luuuu, sap kok luuu. Heh.
Entah. Merdekakah kita?
Bawak awek naik motor sekali. Pastu main brek. Err.
Duit biasiswa habis ke moto. Last-last duit makan tak cukup. (sniper diri sendiri)
Hari-hari tweet & post dakwah, tapi lupa pulak nak beramal. Lupa? Lol.
Selamat hari merdeka kali ke ?
Jawab sendiri. xD
Sunday, 25 August 2013
Terjun sendiri ke laut, baru tahu ad buaya atau duyung. Heh.
Bismillahirahmanirrahim. Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina wa maulana muhammad.
Terjun sendiri ke laut, baru tahu ad buaya atau duyung.
Ap noob sangat tajuk? Haha.
Lama tak update. Saje. Nak tengok gelagat manusia. Dan muhasabah untuk diri sendiri. Betul,rakan-rakan adalah cerminan sebenar islam di hati kita.
Untuk rasa sendiri, untuk baca sendiri tweet-tweet 'islamik' dpd mostly from them. Untuk rasa sendiri macam mana feel ada ramai kawan-kawan yg hari-hari ckp tentang dakwah lagi dan lagi.
Kalau diri sendiri tak menyelam ke laut, manakan nak tahu sendiri bahaya yg menanti kan? (Peribahasa kutip dpd buku fizik. Haha)
Dan.
Sedih ohh. . (tak seperti yang dijangka dan diharapkan)
Kat surau dah azan,tapi tweet-tweet dakwah tak berhenti dpd memenuhi ruang timeline.
Banyak mujtahid jadian. Senang-senang jek keluarkan hukum,walaupun dah bagitau ulama-ulama dan ustaz-ustaz aswj sekian-sekian ckp mcm tu mcm ni.
Ikhtilat? Wakaka. Takyah cakap lerr. Maklumlah berdakwah kan tak kira jantina. Walaweh !
(tapi bukan semua. but boleh ckp ramai yg mcm tu)
Husnudzon. Tu je mampu.
Betul kata sorg akhi yg aku hormati, abg kpd kwn aku, anas bin alwi.
Ramai yg seronok dan sibuk dalam melaksanakan dakwah. Tapi tersangat sedikit individu yang melakukan dakwah serta tarbiyah !
Dakwah tanpa tarbiyah itu kosong. Tarbiyah tanpa dakwah juga kosong. Boleh rujuk semula as-saff ayat 2-3,insyaAllah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." [ as-Saff:2-3]
Dalil ni jugak bukan bermaksud kita boleh tinggalkan dakwah, kerana merasakan diri belum cukup sempurna. Kalau nak tunggu sempurna, mmg alamatnya sampai kiamat lah tak buat dakwah.
Mulakan cakap lagi dan lagi tentang kalimah tauhid,ajak manusia kpd kebaikan. Dalam masa yg sama, trigger satu catalyst utk memulakan proses pengislahan diri atau pentarbiyahan diri.
Aiwah ckp mcm ustaz science. Luls.
Dan. Dalil ini juga bukan di turunkan oleh Allah untuk menghentam org tak tentu pasal, tapi sebagai peringatan. Kita ni, kalau nampak sahabat yg baik, budak surau, alim, ha senang citer tiptop la buat calon suami/ isteri. Tapi bila nampak dia buat salah, terus hentam menggunakan dalil ni. Haiyaa. Tu bukan akhlak nabi maa...
Biasalah manusia. Terkadang lupa, terkadang iman tu ada, tapi ada masa, zero. Nauzubillahi min dzalik.
" weh, hg jangan main shoot je kepale da'ie ni, kalau tak bersama mereka dalam DnT ! " *sambil tangan cekak pinggang*
Kekekeke..
Dan,sebab itu aku ambil inisiatif, untuk merasa sendiri, medan dakwah mereka. *senyum*
(disklemerrr : bukan terjun di laman twitter saja ye. harap maklum. )
Betul lah ckp hg tu, jgn berani ckp kalau diri sendiri tak rasa.
Contoh, selalu pndang sinis orang tgok bola kt stadium ? Katanya isyak dah masuk pun tak reti nk utama kn solat.
Eheh. Kena pergi stadium dulu,rasa dgn diri sendiri. Baru boleh komen.
Lagi ?
Jemaah tabligh. Dakwah smpai tinggal dunia. Anak bini kebuluq !
Kena keluar khuruj dulu berooo. Baru rasa nikmat jalan kaki di jalan Allah. Bukan tinggal dunia, tapi dunia tu sendiri keluar dari hati, kalau selalu mujahadah atas jalan Dia. Dah rasa, baru boleh komen beroo.. Zzzzz..
"ap kena-mengena dgn contoh kat atas?"
Tak tahu. Mihmihmih.
But.
I admit it. I cant agree more. Terjun ke dalam laut, baru tahu ujian ap yg menanti. Hanya pandai bermadah di gigi-gigi pantai, tak jadi jugak.
Bagus berdakwah. Cuma jangan sampai da'ie sendiri yang menimbulkan fitnah atas agama. Harap ada yg faham. Dan kalau nak hentam si penulis yg jahil ni, hentam lah. Harapnya ad komen-komen yg membina.
Entah. Aku tak tau nak cakap ap. Cuma nk sampaikan kalam dari Maulana Johari. (Beliau merupakan mudir ni madrasah sg salan,jerantut,pahang.)
Maulana sendiri mengaku, yg kiamat tersangatlah hampir. Dikaitkan dgn peristiwa di syria dan satu hadith dalam sahih bukhari. (maaf aku tak egt)
Dan. Bersedialah jaga diri masing-masing. Untuk akhirat semata-mata.
Dunia
Letaknya di tangan. Bukan di hati. Jangan sampai terlepas dek genggaman tangan,kelak mengundang fitnah. Jangan sampai bertakhta di hati, kelak di akhirat dijilat api.
Jangan hanya bersedia untuk mengubah, tapi belum bersedia untuk berubah. Kita nak mengajak orang kpd sesuatu yg kita sendiri jauh dgnNya. Logik ka ?
Moga Allah bagi kita taufik dan hidayahNya, lagi dan lagi.
Moga Allah bagi faham perihal agamaNya, sepertimana kefahaman nabi muhammad saw dan para sahabat r.a.hum.
Moga Allah bagi kita kekuatan untuk terus amal dan sampaikan.
Moga Allah lindungi kita dari fitnah akhir zaman dan fitnal al-masih dajjal.
Allahumma ameen.

Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
“Seseorang itu akan mengikuti agama temannya, karenanya hendaklah salah seorang diantara kalian mencermati kepada siapa ia berteman.” [HR Tirmizi]
Pilihlah yang terbaik. Bukan nak kerek atau sombong, bukan jugak bermakna nak menyepikan diri dpd masyarakat. Tapi diri kamu mahal, dan tersangatlah mahal. Jangan jual jam rolex di uptown. Nanti di kata nya ciplak dan di mintanya murah !
Faham dok ?
Okay. Senang ckp. Bergaul dengan semua,sebab tu akhlak nabi. Dan berdampinglah dgn yang soleh/solehah, moga tu memberi kebaikan utk kita dan ummah.

Memikirkan hal ni, saja nak alih angin. Pusing 360 darjah. Mencari sesuatu yg baru. Maklumlah,aku hanya budak hingusan, yang masih jahil dalam banyak perkara, yang sangat-sangat lack dalam ibadah dan muamalah dengan Rabb, yang sangat miskin dalam mahabbah kepada Allah dan rasul.
Teruk an. Hem.
Dan angin tu pun teralih. Eh,bukan 'ter' tapi mmg sengaja. :D
Teruk an. Hem.
Dan angin tu pun teralih. Eh,bukan 'ter' tapi mmg sengaja. :D
Beberapa hari lepas,saja jek meroyan di twitter. Maklumlah, teringin jugak nak rasa mcm budak-budak alim?.(macam aku ckp,kan?) =D
So..
Saje buat account twitter baru. Untuk 'menyelam' masuk ke dalam kelompok da'ie di twitter, tak kira ikhwah dan akhawat. So..
Untuk rasa sendiri, untuk baca sendiri tweet-tweet 'islamik' dpd mostly from them. Untuk rasa sendiri macam mana feel ada ramai kawan-kawan yg hari-hari ckp tentang dakwah lagi dan lagi.
Kalau diri sendiri tak menyelam ke laut, manakan nak tahu sendiri bahaya yg menanti kan? (Peribahasa kutip dpd buku fizik. Haha)
Dan.
Sedih ohh. . (tak seperti yang dijangka dan diharapkan)
Kat surau dah azan,tapi tweet-tweet dakwah tak berhenti dpd memenuhi ruang timeline.
Banyak mujtahid jadian. Senang-senang jek keluarkan hukum,walaupun dah bagitau ulama-ulama dan ustaz-ustaz aswj sekian-sekian ckp mcm tu mcm ni.
Ikhtilat? Wakaka. Takyah cakap lerr. Maklumlah berdakwah kan tak kira jantina. Walaweh !
(tapi bukan semua. but boleh ckp ramai yg mcm tu)
Husnudzon. Tu je mampu.
Betul kata sorg akhi yg aku hormati, abg kpd kwn aku, anas bin alwi.
Ramai yg seronok dan sibuk dalam melaksanakan dakwah. Tapi tersangat sedikit individu yang melakukan dakwah serta tarbiyah !
Dakwah tanpa tarbiyah itu kosong. Tarbiyah tanpa dakwah juga kosong. Boleh rujuk semula as-saff ayat 2-3,insyaAllah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." [ as-Saff:2-3]
Dalil ni jugak bukan bermaksud kita boleh tinggalkan dakwah, kerana merasakan diri belum cukup sempurna. Kalau nak tunggu sempurna, mmg alamatnya sampai kiamat lah tak buat dakwah.
Mulakan cakap lagi dan lagi tentang kalimah tauhid,ajak manusia kpd kebaikan. Dalam masa yg sama, trigger satu catalyst utk memulakan proses pengislahan diri atau pentarbiyahan diri.
Aiwah ckp mcm ustaz science. Luls.
Dan. Dalil ini juga bukan di turunkan oleh Allah untuk menghentam org tak tentu pasal, tapi sebagai peringatan. Kita ni, kalau nampak sahabat yg baik, budak surau, alim, ha senang citer tiptop la buat calon suami/ isteri. Tapi bila nampak dia buat salah, terus hentam menggunakan dalil ni. Haiyaa. Tu bukan akhlak nabi maa...
Biasalah manusia. Terkadang lupa, terkadang iman tu ada, tapi ada masa, zero. Nauzubillahi min dzalik.
" weh, hg jangan main shoot je kepale da'ie ni, kalau tak bersama mereka dalam DnT ! " *sambil tangan cekak pinggang*
Kekekeke..
Dan,sebab itu aku ambil inisiatif, untuk merasa sendiri, medan dakwah mereka. *senyum*
(disklemerrr : bukan terjun di laman twitter saja ye. harap maklum. )
Betul lah ckp hg tu, jgn berani ckp kalau diri sendiri tak rasa.
Contoh, selalu pndang sinis orang tgok bola kt stadium ? Katanya isyak dah masuk pun tak reti nk utama kn solat.
Eheh. Kena pergi stadium dulu,rasa dgn diri sendiri. Baru boleh komen.
Lagi ?
Jemaah tabligh. Dakwah smpai tinggal dunia. Anak bini kebuluq !
Kena keluar khuruj dulu berooo. Baru rasa nikmat jalan kaki di jalan Allah. Bukan tinggal dunia, tapi dunia tu sendiri keluar dari hati, kalau selalu mujahadah atas jalan Dia. Dah rasa, baru boleh komen beroo.. Zzzzz..
"ap kena-mengena dgn contoh kat atas?"
Tak tahu. Mihmihmih.
But.
I admit it. I cant agree more. Terjun ke dalam laut, baru tahu ujian ap yg menanti. Hanya pandai bermadah di gigi-gigi pantai, tak jadi jugak.
Bagus berdakwah. Cuma jangan sampai da'ie sendiri yang menimbulkan fitnah atas agama. Harap ada yg faham. Dan kalau nak hentam si penulis yg jahil ni, hentam lah. Harapnya ad komen-komen yg membina.
Entah. Aku tak tau nak cakap ap. Cuma nk sampaikan kalam dari Maulana Johari. (Beliau merupakan mudir ni madrasah sg salan,jerantut,pahang.)
Maulana sendiri mengaku, yg kiamat tersangatlah hampir. Dikaitkan dgn peristiwa di syria dan satu hadith dalam sahih bukhari. (maaf aku tak egt)
Dan. Bersedialah jaga diri masing-masing. Untuk akhirat semata-mata.
Dunia
Letaknya di tangan. Bukan di hati. Jangan sampai terlepas dek genggaman tangan,kelak mengundang fitnah. Jangan sampai bertakhta di hati, kelak di akhirat dijilat api.
Jangan hanya bersedia untuk mengubah, tapi belum bersedia untuk berubah. Kita nak mengajak orang kpd sesuatu yg kita sendiri jauh dgnNya. Logik ka ?
Moga Allah bagi kita taufik dan hidayahNya, lagi dan lagi.
Moga Allah bagi faham perihal agamaNya, sepertimana kefahaman nabi muhammad saw dan para sahabat r.a.hum.
Moga Allah bagi kita kekuatan untuk terus amal dan sampaikan.
Moga Allah lindungi kita dari fitnah akhir zaman dan fitnal al-masih dajjal.
Allahumma ameen.
Friday, 16 August 2013
Mesir dan kita.
Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli wa sallim a'la saiyidina wa maulana muhammad.
Dah lama tak update. Busy kutip duit raya. Eheh~ Padahal...
Hem. Mata dah ngantuk. Tapi teringin nak menulis. Jujur,untuk ummah. Kerana sampai saat ini, aku teringat akan pesan seorang kawan yg owsem.
"Asyik menangis saja tak guna. kena usaha jugak. Kalau cmtu,nabi dulu takyah susah-susah keluar berdakwah,sbb cukup dgn tangisan kpd Sang Rabb !"
Dush ! Sniper atas kepala.
Sebab tu, tangan ni aku kuatkan jgk utk menulis. Ayat tak sedap pun xpe, yang penting mesej smpai,bi iznillah. InsyaAllah.
Mesir.
Sungguh. Aku sendiri sangat kagum dengan pentarbiyahan yang mereka telah lalui. Aku sendiri kaget dan terpana dengan semangat jihad yang mereka semua tunjukkan.
Apa yang membentuk mereka menjadi hebat sedemikian rupa ?
Bayangkan, selepas mendapat layanan 'istimewa' dari pihak tentera laknatullah alaih, yang dihidangkan dengan bermacam-macam jenis 'kuih muih' hari raya dalam bentuk peluru dan bom, makin ramai yang keluar untuk menyediakan nyawa mereka untuk agama.
Kerana apa?
Kerana meraka ingin,sebuah negara islam yang bebas terbina. Kerana mereka yakin, dgn kekuasaan inilah akan menjadi wasilah atas penubuhan sistem khilafah. Yakin,itu kuncinya.
Tapi. Apa beza nya dengan kita? Bukankah kita jugak insan yang hebat,hasil dari pentarbiyahan yang hebat?
*garu-garu kepala*
Err. Kita ?
Hebat ?
Bayangkan. Habis saja ramadhan, masjid pun sunyi sepi. Serius tak tipu. Solat subuh berjemaah? Alahai. Sardis !
Bayangkan. Saban hari, negara kita tak sunyi dpd kes tembak-menembak. Alahai. Di mesir,mereka mati kerana syahid berjihad fi sabilillah. Di malaysia,mereka mati kerana perkara dunia !
Ok. Mai tembak ke diri sendiri pulak.
Bayangkan. Pantang ad org tegur kita, terus merajuk. Da'ie? Ahh ! Sama. Weh,ingat, andai anda seorang da'ie (konon-konon), tu bukan tiket utk org memandang anda sbg ustaz/ustazah yang maksum dari berbuat kesalahan dan dosa !
Pernah dengar, surga bukan untuk orang manja? Heh.
Bayangkan. Habis ramadhan, Quran pun payah nak bukak. Bukak pun payah,apetah lagi nak baca.
Lepas tu ?
Alahai. Malu-malu nak jaga syariat. Contoh ?
"awak~ pakailah tudung yg labuh sikittt. baru comey gituu. =3" *ayat pujuk nak tutup aurat*
"alaa.. itew ta mo org pggil itew ustajah."
Chooii !
Bagusnya. err. Kalau nanti kat mahsyar kita tnye Allah,nape tak masukkan kita ke syurga? kalau Allah jawab,Aku malu la nak masukkan mereka-mereka yang malu nak tegakkan syariatKu.
Guane boh ? *ala-ala ustaz azhar idrus*
Hebatkah tarbiyah mu duhai ikhwah dan akhwat senegara denganku?
"Eh. Ko pun umat akhir zaman. Aku buih,ko pun buih. Ingat tu."
Yup. Aku buih. Tapi aku tak ingin selamanya menjadi buih. Aku nak jadi seperti para sahabat r.a.hum, yang seperti benih. Bila di campak ke laut, boleh jadi sebuah pulau !
"Chill lah. Islam ni mudah. Kita update hari-hari pasal mesir pun dah okay. InsyaAllah nanti ibadat lain akan menyusul."
Alahai. Benar,tapi bukan tu maksudku. Apa yang aku harapkan adalah kerja keras dpd kita. Bukan sekadar hebat di depan laptop, petah di muka buku, tangkas di sangkar burung (twitter), tapi lemau pada realitinya.
Tarbiyah dirimu ! Tarbiyah keluargamu ! Dengan acuan yang telah di tunjukkan oleh baginda nabi saw.
Hidupkan semula sunnah-sunnah baginda nabi saw. Penuhkan semula rumah-rumah Allah. Sebarkan ukhuwah islamiah dengan jiran-jiranmu. Kembalikan mahabbah kepada Allah dan rasulullah dalam dirimu. Serikan kembali sepertiga malammu dengan tahajud dan tangisan rindu kpd Allah.
Hem.
Sahabat,kalau betul agama islam ni adalah satu agama yg mudah, mana mungkin darah baginda mengalir untuk agama yg kalian katakan 'mudah' ini.
Hadamlah pesanan seposen dari aku yang sngat2 berdosa ni. Hadam dan amalkan. Moga Allah bagi kefahaman yang lebih kpd kalian berbanding diri yg menulis entrii ni.
Sungguh. Ini zaman yang di janji kan Allah akan datang padanya kiamat. Ini zamannya. Bersedialah.
Moga Allah bagi taufik dan hidayah pada saya,tuan-tuan dan seluruh ummat muhammad saw.
#pray4mesir #pray4syria #pray4palestin #pray4ummah

Thursday, 1 August 2013
Aku hamba Allah atau hamba al-Qadr?
Jam 0400. 1 Ogos 2013.
Aku terjaga. Lantas bergegas ke bilik air,untuk mengambil wuduk.
Paip dibuka,ku biarkan air mengalir deras. Sejuk. Wuduk ku ambil.
Alhamdulillah. Selesai berqiamullail. Selesai kembara al-qadr.
*one message received*
-malam tadi malam al-qadr rasanya. cuaca sangat baik. enta bangun qiam tak?-
-alhamdulillah. ana bangun. jazakallahu khair sbb berita baik tu.-
*message sent*
Jam 0400. 2 Ogos 2013.
Alarm berbunyi seperti biasa. Aku tekan butang dismiss.
Aku biarkan mata tertutup. Lena. Terbungkam di sebalik hamparan selimut tebal.
Dan. Hari ini tidak seperti semalam. Jauh lebih hambar dari semalam. Tiada tahajud,tiada qiamullail.
Mungkin dah rasa selesa. Kerana nikmat berqiam ketika al-qadr di capai. Mungkin.
Ku biarkan masa terus berlalu. Sehingga sahabat sebilikku mengejutkan aku untuk bersahur.
Tiada lagi kembara al-qadr.
*******
Tiada lagi kembara al-qadr.
*******
Seperti biasa,seusai solat subuh akan ada tazkirah harian. Ku tumpu pada si penceramah. Khusyuk.
Pen ku capai. Buku nota ku buka. Telinga ku pasang. Hati sudah bersedia untuk menghadam nasihat dan teguran.
InsyaAllah.
Hadith pertama dalam kitab hadith 40 imam nawawi dipilih.
Pen ku capai. Buku nota ku buka. Telinga ku pasang. Hati sudah bersedia untuk menghadam nasihat dan teguran.
InsyaAllah.
Hadith pertama dalam kitab hadith 40 imam nawawi dipilih.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Niat.
Segalanya bermula dengan niat. Dan dengan niat sahaja yang membezakan antara adat dan ibadat. Sejauh mana sesuatu ibadat itu,kita luruskan niat semata-mata kerana Allah.
Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

Imam Syafi’e berkata bahawa hadis ini adalah satu pertiga dari pengetahuan ilmu Islam serta berkait rapat dengan 70 tajuk cabang ilmu Fiqh.Imam Ahmad pula berkata Islam itu ada 3 asas (yang kesemuanya terdiri daripada 40 hadis)
Panjang huraian ustaz. Dan ustaz menyambung.
Dalam hadith ini menggariskan tentang ikhlas. Ikhlas dalam membuat sesuatu tindakan dan beramal. Baginda nabi saw memberi 3 contoh yang sangat senang difahami. Antara penghijrahan kerana Allah,atau kehendak dunia. Dan ini yang membezakan amalan seseorang itu.
Contoh yang paling sangat hampir dengan kita ialah ramadhan. Ada orang beramal hanya ketika ramadhan. Habis ramadhan,habis segala amal. Kehidupannya kembali seperti asal, kehidupan yang meneladani kehidupan jahiliyah. Jiwa kosong.
Dan.
Ada orang, kejar lailatul qadar. Bangun malam, tertonggek sana tertonggek sini. Habis pulun. Katanya nak dapat berkat lailatul qadar. Bagus,hebat orang seperti ini. Kerana dia sedar betapa berharganya malam yang Allah janjikan padanya itu berbagai nikmat.
Tapi.
Apa yang tidak kena, bila habis malam al-qadar, habis hilang semua amal. Habis terbantut semua niat ingin bertahajud. Diri kembali lesu,selimut kembali terasa berat.
Mari cek niat. Bermuhasabah. Niat untuk mencari malam al-qadar adalah kerana malam itu atau empunya malam itu? Maka tiada bezalah orang yang seperti ini dengan mereka yang bertuhankan ramadhan. Hanya beramal ketika bulan ramadhan,habis ramadhan habis lesap segala amalan.
Nafas ku hela. Pedih teguran ustaz.
********
Aku pulang ke bilik dengan langkah yang lemah. Terasa iman digoncang. Air mata mengalir.
Apakah aku hamba Allah, atau aku hamba kepada al-qadr?
Nangis.

Allahumma innaka 'afuwun karim, tuhibbul afqa fa'fu'anna.
Wednesday, 31 July 2013
Bersyukurlah.
Bismillah. Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad.
Di bazar ramadhan untuk kali ke-4.
Langkah laju. Memecah keramaian. Sibuk mencari makanan buat berbuka,mungkin.
Bunyi lagu raya bersahut-sahutan,membingitkan lagi suasana yang sudah tersedia bingit.
Tapi. Aku tertarik dengan seorang wanita tua, yang meminta-minta. Meminta dengan bermodalkan nyanyian lagu raya. Hampir kesemua lagu yang dipilihnya bertemakan keriangan aidilfitri.
Tapi jauh di sudut hatinya,siapa tahu? Mulut merdu mengalunkan melodi yang gembira, namun di sudut hatinya, adakah segembira melodi itu?
Aku kaget. Terpana. Lantas meneruskan langkah. Membeli apa yang perlu,bukan atas permintaan nafsu, cuma ingin menyempurnakan syariat.
Mood beli kuih hilang. Hanya roti john, dan air sebungkus, buat menu berbuka.
Alhamdulillah.
*******
Bersyukurlah pada yang sedikit.
Andai yang sedikit pun kamu kufur, apakah kamu yakin nikmat yang banyak itu kamu akan bersyukur?
Rendahkan nafsumu. Bila lagi, kalau bukan di bulan yang dalamnya tiada hasutan syaitan yang mendampingimu.
Bermujahadahlah. Kerana di situ, kamu akan faham bagaimana islam yang sebenarnya.
*******
Sudah masuk ramadhan yang ke -23.
Bagaimana imanmu? Bagaimana amalmu? Bagaimana nafsumu?
Sudah-sudahlah. Tinggalkan perkara yang bukan keutamaanmu. Nafsumu selalu kamu penuhi, namun kenapa permintaan imanmu sering kamu biarkan ketepi?
Allah. Engkau Tuhan yang ada padanya suka akan pengampunan. Maka ampunkanlah kami,yaRabb.

Friday, 26 July 2013
Adat Atau Ibadat?
Bismillah. Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidana muhammad.
Subhanallah. Pagi yang cantik.
Kata yang terlantun dari hati aku,bila mana keluar untuk ke surau.
Seperti biasa. Meneruskan rutin harian aku,bermula di surau. Kemudian menghabiskan masa mentadabbur kalamullah.
Hari hari yang berlalu. Masih sama. Hebat?
Allah. Kadang kadang hati ini tertanya,apakah ini adat atau ibadat?
*****
Melihat kanak kanak bermain di anjung masjid. Riang.
Ada yang berjubah. Ada yang berbaju melayu,lengkap bersampin. Ada yang berlari ke sana ke mari. Ada yang tertidur,letih mungkin.
Aku. Masih gagah berdiri sebaris dengan jemaah jemaah tua yang lain. Tarawikh 20 rakaat.
Yup. Itu azam ramadhan aku kali ini. Dan sudah masuk 18 ramadhan. Hebat?
Allah. Sekali lagi hati kecil berbisik,apakah ini adat atau ibadat?
*****
Jam sudah hampir pukul 11 pagi.
Dhuha? Allah. Belum setel lagi. Al-maklumlah,sibuk dengan dunia.
Kemas rumah. Sapu beranda depan. Cuci longkang (ini kadang kadang). Dapur pun tak terkecuali.
Rajin. Mungkin syaitan takde nak menghasut. Dan ini menjadi rutin,dari bermulanya cuti semester, hingga ke hari ini.
"Wah! Rajin. Boleh buat calon menantu." (takda kena mengena)
Niat pada mulanya,memang ingin khidmat kepada kedua orang tua. Kini,aku merasakan ia menjadi rutin.
Yang aku takut ia menjadi hanya sekadar adat.
Sekali lagi hati ini tertanya,apakah ini ibadah atau semata mata adat?
*****
Selesai solat maghrib. Quran dicapai.
Seperti biasa. Tadarus. Ohoh,ramadhan tahun ni,target 2 kali khatam.
Baca laju laju. Takut hutang juzu'. Aku asingkan diri dengan dunia luar. Terkadang,sahutan ibu pun aku hiraukan.
Maklumlah,takut hilang mood mengaji.
"Hang tengah wtpa tu? Mai tolong mama sat."
"Alaa. Tak buleh la mama. Banyak lagi nak kena abiskan ngaji ni."
Heh. Antara dialog yang pernah terjadi bila mana tengah mengaji.
Hasilnya?
Alhamdulillah. Dah masuk 18 ramadhan,separuh daripada target aku tercapai. Dengan izin Dia.
Hebat?
Apakah mengaji ini kosong atau penuh pengisian? Dan apakah ia sekadar adat atau ibadat?
*****
*knock knock*
Alarm berbunyi. Pukul 3 pagi. Ohoh,alarm macam orang ketuk pintu,ingatkan pencuri.
Mungkin. Pencuri tidur,mengejutkan diri sang hamba menghadap Khalik.
Air paip dipasang. Sejuk. Wuduk diambil.
Buat kesekian kali,dahi ini mencecah sejadah. Tahajud,mencari cinta Yang Esa.
Menangis. Memohon ampun. Tersungkur ego seorang hamba,di atas sejadah coklat.
Dan
Ini tahajud entah kali ke berapa. Jauh termenung. Kembali bermuhasabah.
Yang kali keberapa ni sebenarnya adat atau ibadat?
*****
Hari sabtu yang indah.
"Wah! Movie Parker,Redemption,Oblivion etc dah keluar!"
Laju laju laptop dicapai. Google search. Dan,download!
Usai mendownload. Separuh hari,aku habiskan dengan movie,movie dan movie.
Rasa ohsem. Sebab khatam movie baru. Yela,mungkin ada kawan yang tak tengok lagi. (senyum sorg2)
Handfon aku belek. Skrin wallpaper mengingatkan,
"Apa dakwah yang telah enta buat hari ini? Apakah ia ibadat atau sekadar adat?"
Gulp.
Allah. Hari yang kechiwa.
Sekali lagi terbayang semua amal. Apakah ia adat atau ibadat?
******
"...Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" [Al-Ankabut:45]
Ibadat. Sudah pasti mencegah kemungkaran. Andai ia sempurna.
Tapi. Masih tersisa kejahiliyahan dalam hati. Apakah ibadat aku hanya sekadar adat?
Andai ia menjadi ibadat,mengapa tidak mencegah kemungkaran yang ada?
Nangis.
Note: bukan dari kisah sebenar. takda kena mengena dengan yang hidup ataupun yang tak hidup. sekadar mengajak untuk bermuhasabah.

Sunday, 7 July 2013
Kalaulah aku mampu
Assalamualaikum wbt.
Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina wa maulana Muhammad!
Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina wa maulana Muhammad!
Kalaulah aku mampu untuk mulakan semula.
Hari ni merupakan hari pertama aku bergelar mahasiswa di salah satu universiti terkemuka negara. (terkemuka,kot) Seronok? Allah,sumpah seronok dan bersyukur sangat-sangat. Sebab Allah pilih aku untuk berada atas jalan ini, kerana Dia pilih aku untuk melalui jalan ini. Jalan yang bukan semua orang dapat lalui.
Dan seperti biasa, azam sebagai seorang mahasiswa yang baru, mestilah nak berjaya skor dalam final exam kan? Begitu juga aku,yang hanya seorang manusia biasa. Azam aku untuk tempoh pengajian kali ni adalah untuk cemerlang dalam pengajian seterusnya dapat 4 rata. Eheh.
InsyaAllah.

************
Bila dapat result final exam, Allahu. Sedih betul, sebab ap yang aku dapat tak seperti apa yang aku jangkakan. Sangat teruk. Sedangkan siang malam aku habiskan masa aku dengan mentelaah kitab-kitab ilmu dunia ni. Siang malam aku habiskan dengan pengajian ilmu-ilmu dunia ni. Ahh,rasa dunia sangat tidak adil. Bukankah kejayaan itu untuk orang-orang yang sudah berusaha?
Sedih.
*************
Sekali lagi di uji. Subjek yang aku ambil semester lepas perlu diulang. Untuk melayakkan aku naik ke tahun seterusnya. Allahu,kejamkah Engkau sehingga tahap ini Engkau bebankan ke atas aku?
Sebuah taman permainan yag dahulunya penuh, riuh dengan tawaan kanak-kanak, kini sunyi sepi. Ohoh,mungkin begitu keadaan hati aku yang semakin sakit 'disiksa' dengan ujian dunia. Mungkin. Selalu aku berbisik, mampukah aku untuk semua ini? Kalau diberi peluang, aku akan mulakan semula perjalanan ini dengan study hard kuasa tiga semata-mata nak skor! Hmm..
Kalaulah aku mampu untuk mulakan semula.
**************
-one message received-
"Eh,hg ke mana selama ni? Lama tak nampak. Mesyuarat harian tak nampak. Ta'lim pun jarang-jarang nampak. Tu ha, abang naqib hg pun tanya. Katanya,hg skip usrah jugak. Betul ka?"
"Err. Ceq busy sket skrg nie. Maklum, org tak pandai, kena study hard."
-message sent-
-one message received-
"Hg ni,study tu study jugak. Allah tak cipta hg utk study hard sampai tinggal agama jadi no.2. Takpalah, nanti ad ap2 hg bg tau je ke aku. InsyaAllah."
Letak agama jadi nombor 2? Hurm.
Letak agama jadi nombor 2? Hurm.
***************
Berseorang diri di Surau Nur Firdaus. Fuhh, setelah sekian lama, dapat jugak aku luang masa untuk diri sendiri. Mencari ketenangan dalam diri. Quran di capai.
(Belek-belek tafsir)
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."
(Al-Baqarah: 214)
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah. Hurm. Satu verse al-quran yang sangat menenteramkan jiwa. Ayat ini melantunkan fikiran aku, jauh ke belakang. Apa yang aku buat selama aku di uji? Bersyukur, atau kufur?
Hmm..
Semakin di uji, semakin aku meletakkan Allah ke belakang. Semakin aku di uji, semakin aku mencari makhluk melebihi Khalik. Semakin aku di uji, semakin aku terkebelakang,dalam meraih cinta Sang Rabb.
(Belek-belek tafsir)
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan kesukaran (jasmani dan rohaninya)"
(Al-Balad: 4)
Gulp.
Bukankah Allah telah nyatakan, yang memang lumrah hidup manusia ini sentiasa berada dalam kepayahan? Hurm. Lalu,kenapa bila di uji, aku menjadi sebegini?
Berputus asa. Sedih. Tinggalkan dakwah. Kemudian,aku meyakini usaha aku yang memberi kejayaan.
Teringat kata seorang akhi,"Allah itu sangat suka menguji manusia,sebab Dia sangat ingin manusia merintih kepadaNya. Adat dalam belajar,terkadang cemerlang, terkadang gagal. Teruskan berusaha tanpa mengharapkan redha manusia. Biarpun gagal,asalkan redha Allah tetap menjadi teman sepanjang perjalanan."
Antara jalan-jalan untuk mencapai taqwa, adalah jalan mujahadah! Yakni, bersusah payah untuk agama Allah. Bukankah aku tahu semua ini, tapi kenapa aku jadi begini?
Tahu tak semestinya faham,bukan? Dan Allah inginkan kefahaman mujahadah itu bagi aku,mungkin.
"Ahh.. Study bukan untuk dunia. Tapi untuk akhirat! Mungkin Dia ingin menguji sejauh mana lurusnya niat aku dalam belajar. Besar amanah, besar jugak ujian!"
Dan.
Kalaulah aku mampu untuk mulakan semula.
***************
Aku ingin mulakan dengan apa?
Betulkan niat. Dalami ilmu untuk ummah. Kalau gagal? Ohoh. Gagal aku di mata manusia,tak sama gagal aku pada pandangan Allah. Biar gagal di mata manusia, jangan gagal pada pandangan Allah.
Dan,kalau aku mampu mulakan semula.
Aku ingin menghabiskan sepertiga malam aku denganNya. Aku ingin penuhi siangku dengan belajar keranaNya. Aku ingin penuhi masa lapangku dengan mengingatiNya. Aku ingin mengisi ruang dalam hidupku dengan mengabdikan diri kepadaNya. Dan aku ingin cukupkan hakNya, dengan mengajak manusia kepadaNya.
Kerana aku yakin, hidup ini cuma untukNya. Kejayaan itu pasti,kerana kejayaan adalah milikNya.
Kuatkan aku,YaRabb.

Friday, 5 July 2013
Pemuda Islam
Assalamualaikum wbt.
Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina wa maulana Muhammad.
(Fuhh,fuhh,fuhh.. Tiup-tiup habuk.)
Eheh. Lama tak update laman nie, sebab tak sempat. Mungkin
. So, post kali ni berkaitan dengan, syabab atau pemuda. Pemuda islam, syabab islam, yang saban hari semakin jauh dengan agama, yang saban hari semakin kelam dalam anutan agamanya sendiri, yang saban hari semakin sesat dek keyahudian dunia.

"err,syabab tu bukan ke hang?" *soalan lari tajuk.*

Pemuda.
Ada apa dengan pemuda? Kenapa pentingnya pemuda sehingga dikatakan, nak tengok macam mana sesebuah negara pada masa akan datang, lihatlah golongan pemudanya pada hari ini?
"A thousands of old man are just able to dream, but a young man is able to change the world!"
-Soekarno, The First President of Indonesia-
Tiba-tiba tertanya, apa ada dengan pemuda ye sehinggakan mereka mempunyai potensi yang besar untuk memartabatkan islam?
Jawapan saya,pada mereka, ada semangat juang dan potensi yang sangat hebat untuk di 'exploit'.
Potensi?
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”
Pemuda dan logam. Ada apa dengan logam, sehingga baginda nabi sendiri menyamakan manusia dengan logam?
"err. logam tu keras, boleh dibentuk, boleh berkarat, semua logam ada kegunaan, logam ada itu, logam ada ini, bla bla blaa....."
Heh. Betul lah tu. Begitu jugak dengan manusia. Manusia ini hebat, tapi dalam masa yang sama boleh berkarat dek dosa, dalam masa yang sama boleh dilentur, dibengkokkan dan sebagainya. TAPI,dalam masa yang sama, manusia ini semuanya ada potensi dan sangat berguna kepada ummat seluruhnya, kalau setiap potensi ini dieksploitasi.
So, what are correlations between steel and a young man?
Bak kata orang lejen-lejen (baca legend-legend), melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Atau adakah bila seseorang itu sudah dimamah usia baru terkial-kial mencari potensi untuk dibangunkan? Adakah bila seseorang itu sudah mula menjadi 'nyanyok' baru terkinja-kinja membentuk sebuah wawasan yang berasaskan potensi diri yang masih samar?
Semuanya bermula dari awal. Daripada diri seorang pemuda, carilah potensi, exploit potensi, dan gunakan potensi sehabis baik untuk agama!
****************
"Abang,kenapa orang islam sekarang ni ditindas ye? Kenapa islam sekarang ni masih belum mampu di martabatkan lagi ye?"
Err. Nak tau kenapa tak? Jawapannya, kerana islam hari ini mempunyai pemuda-pemuda yang seperti kita! Kerana islam hari ini ketandusan rijal-rijal yang betul-betul bersemangat memperjuangkan agama dengan cara baginda nabi saw! Kerana islam hari ini dahagakan syabab-syabab yang betul-betul thabat atas jalan jihad fi sabilillah!
Teringat akan satu kisah agung, di mana kisah ini menggambarkan kekuatan golongan pemuda itu sendiri.
Di dalam sebuah bilik di Madinah, Saidina Umar duduk bersama sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka “Bermimpilah!”
Ada yang justeru menyatakan mimpinya begini, “Kalau aku dikurniakan harta yang banyak, nescaya pasti ku sumbangkan untuk Islam.”
Begitu juga dengan beberapa orang sahabat lain. Sehinggalah sampai kepada giliran Umar, para sahabat lantas bertanya, “Apa pula mimpimu, hai Umar?”
Kata Umar,“Aku bercita-cita agar lahir lebih ramai pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, dan Muaz bin Jabal.”
Namun, siapakah mereka yang disebut-sebutkan oleh Saiyida Umar Al-Khatab ini?
******************
Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliaulah yang membunuh bapanya sendiri yang berada di pihak musyrikin sewaktu perang Badar demi mempertahankan akidah islamiah yang agung. Ketika di medan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar-kacir dan ramai yang melarikan diri dari medan perang, beliaulah yang tergesa-gesa mendapatkan baginda nabi saw tanpa takut walau sedikitpun. Beliau jugalah yang mencabut rantai besi yang mencucuk pipi baginda nabi sehingga menyebabkan gigi hadapannya rongak kerana peristiwa itu. Zuhudnya beliau terbukti apabila di rumahnya hanya ada perisai, pedang dan pelana kuda sahaja. Beliau juga dilantik oleh Saidina Umar untuk memimpin tentera islam bagi merebut kembali kawasan tanah arab yang dijajah oleh Rom, sehingga berjaya menawan Baitul Maqdis.
Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidatu di hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”
Saidina Muaz bin Jabal
Dikurniakan dengan kepintaran dan petah berbicara, serta mempunyai dedikasi yang sangat tinggi. Pada waktu Nabi Muhammad Saw berhijrah ke Madinah, beliau senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur’an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur’an dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Qur’an serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, “Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.” (HR. Tarmizi dan Ibnu Majah).
Beliau juga termasuk dalam enam orang yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Rasulullah Saw. Beliau mengorbankan masa muda beliau, untuk menyebarkan agama Allah serta mengajarkannya di serata tempat. Sewaktu pemerintahan khalifah Saidina Umar, beliau telah ditugaskan untuk mengajarkan agama islam dan al-quran kepada penduduk palestin. Dan beliau wafat pada umur 33 tahun, semasa berada di negeri Urdun, tatkala beliau sibuk menyebarkan agama Allah ke setiap tempat.
*****************
"err,habis mana pemuda islam kita hari ini?"
Ohoh. Pemuda islam kita hari ini, masih lena di buai nikmatnya dunia. Pemuda islam kita hari masih hanyut dibuai arus maksiat. Pemuda islam hari ini masih lemas dalam lautan noda.
Lalu, dengan sikap yang sebegini, masih mahu bermimpi menjadi 'rijal' kebanggaan Nabi Saw?
"Ahhh,rilex la.. Muda lagi. Muda sekali je seumur hidup,so enjoy la dulu."
"Eh? Awalnya hang bertaubat? Takpa,nanti dah tua baru la cari masjid jaga amal semua."
"Hoi,tak remaja lah kalau tak pergi enjoy"
Lagi...
"Hai gegirl,jom keluar malam ni nak? I belanja. Time muda ni la kita nak keluar dating."
*Gulp*
Ahh. Biarkan hari ini kita menjawab, kerana islam punya pemuda yang semacam kita, islam masih gagal untuk di martabatkan!
Lalu, bahagian mana 'pendakwah-pendakwah' di luar sana mampu untuk tidur lena? Bahagian mana mereka mampu untuk berasa selesa?
Ohh pemuda islam. Sungguh, mengalir air mata rasulullah andai baginda ada bersama kita pada hari ini. Bangkit! Islam perlukan rijal yang semacam sahabat-sahabat Rasulullah!
Terlambat?
Rasulullah tidak pernah mengajar ummatnya untuk terlambat. Kalau tahu esok kiamat, tapi hari ini ada biji benih dalam tangan, tanam!
******************
Dr. Morsi digulingkan dengan cara yang hina. Ini disebabkan siapa?
Pemuda.
Lalu,di mana pemuda islam yang lain, yang ingin dr. Morsi dilantik semula? Di mana syabab-syabab kebanggaan nabi hari ini untuk menyedarkan mereka-mereka yang terleka?

Saturday, 1 June 2013
Pesanan Penting Untuk Ummah.
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم
Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Yusuf rahimahullah (pengarang kitab Hayatus Sahabah) menyampaikan pesanan penting terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat subuh, pada 24 Zulqaedah bersamaan 28 Mac 1965.
Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Syeikh Maulana Yusuf telah memberi satu ceramah terpenting yang terakhir dalam kehidupan beliau. Selepas hamdalah (memanjat pujian kepada Allah swt) dan selawat, berlawanan dengan kebiasaan, Syeikh Maulana telah mulai berceramah seperti berikut:
"Tengoklah, saya tidak berapa sihat. Sepanjang malam saya terpaksa berjaga kerana tidak boleh tidur. Namun demikian saya terpaksa bercakap sebab perkara ini adalah amat penting. Sesiapa yang memahaminya dan mengamalkannya maka Allah taala akan meninggikannya dan memberikan kejayaan. Jika tidak, maka dia akan melumpuhkan kakinya sendiri (menyebabkan kemusnahan diri sendiri).
Ummat ini telah terbentuk dengan penuh susah payah. Untuk menjadikan ummat ini, Rasulullah saw. dan Sahabat-sahabat r.anhum telah banyak berusaha dan menanggung penderitaan. Musuh-musuh Islam yakni Yahudi dan Nasrani (kristian) sentiasa berusaha supaya orang-orang Islam tidak berkekalan sebagai satu ummat, bahkan berpecah belah.
Hari ini orang-orang Islam sudah kehilangan sifat ummat. Ketika dahulu, semasa mereka hidup sebagai satu ummat, hanya dengan bilangan mereka beratus ribu orang sudah cukup untuk menguasai satu dunia. Mereka pada masa itu tidak mempunyai walaupun sebuah rumah dari batu bata. Masjid pun tidak dibina dengan batu bata. Lampu pun tidak dinyalakan di dalam masjid. Lampu telah dinyalakan di dalam Masjid Nabawi hanya selepas sembilan tahun sesudah Hijrah. Orang yang paling awal telah menyalakan lampu di dalam Masjid Nabawi ialam Tamim Dari r.a. Sementara itu, kira-kira seluruh kaum Arab telah memeluk agama Islam. Manusia dari pelbagai kaum, yang bercakap dalam berbagai-bagai bahasa, dan dari berbagai-bagai kabilah telah menjadi satu ummat yang bersatu-padu. Apabila kesemua perkara telah diselesaikan, maka barulah lampu telah dinyalakan di dalam Masjid Nabawi.
Tetapi cahaya dari lampu hidayat telah dibawa oleh Baginda Rasulullah saw. sudah tersebar ke seluruh tanah Arab, bahkan ke kawasan-kawasan di luar daripadanya juga. Umat sudah terbentuk. Selepas itu ummat telah bangun dan ke mana sahaja mereka tuju, maka negara demi negara telah jatuh di bawah kaki mereka.
Ummat ini telah dibentuk secara begini; iaitu, tidak seorang pun di kalangan ummat ini menjadi pembantu kepada keluarganya, bangsanya, saudara-maranya, partinya, kaumnya, tanahnya; tidak seorang pun yang menjadikan tujuannya mengawasi harta-benda atau anak-isteri; tetapi setiap seorang di kalangan mereka hanya melihat apakah kehendak Allah dan RasulNya.
Pada zaman orang-orang Islam hidup sebagai satu ummat, di mana-mana pun jika seorang Islam dibunuh, maka seluruh ummat telah terkesan, bersimpati dan merasai kepedihan. Kini beribu-ribu dan berjuta-juta orang Islam telah disembelih tetapi kita tidak merasai apa-apa jua.
Ummat bukanlah nama satu kaum atau satu golongan manusia yang bermastautin di satu kawasan. Tetapi beratus-ratus bahkan beribu-beribu kaum yang tinggal di kawasan yang berlainan bersatu-padu menjadi satu ummat.
Sesiapa yang menganggap bahawa dia berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah, dan orang lain berasal daripada sesuatu kaum atau sesuatu daerah yang lain, maka dia seolah-olah telah menyembelih ummat ini, menghancur-leburkan serta merosakkan hasil usaha baginda Rasulullah saw. dan para Sahabat r.anhum. Apabila berasing-asingan dan berpecah-belah, kita sendiri telah menyembelih ummat ini terlebih dahulu. Yahudi dan Nasrani hanya mengerat ummat ini yang sudah tersembelih.
Sekiranya orang-orang Islam, hari ini menjadi ummat semula, maka semua kekuatan di seluruh dunia sekalipun, tidak boleh menggerakkan walaupun sehelai bulu roma ummat ini. Bom atom atau pun roket sekalipun, tidak boleh membinasakan mereka. Tetapi sekiranya mereka dengan semangat perkauman dan kedaerahan meneruskan fahaman menghabcur-leburkan ummat, maka demi Allah, senjata-senjata dan tentera-tentera kamu tidak boleh selamatkan kamu dari kemusnahan.
Hari ini orang-orang Islam di seluruh dunia telah dihimpit dan dibunuh dengan sebab kehilangan perasaan ummat. Mereka telah mensia-siakan pengorbanan Baginda Rasulullah saw. Saya bercakap tentang perkara ini dengan kepiluan di dalam hati saya, bahawa satu-satunya sebab kesemua kebinasaan dan kemunduran ini adalah kerana ummat tidak lagi berkekalan sebagai satu ummat yang bersatu-padu; bahkan mereka telah lupa apa itu UMMAT dan bagaimanakah baginda Rasulullah saw. Telah membina ummat ini!
"Untuk menjadi umat yang sebenar dan supaya bantuan Allah bersama dengan orang-orang Islam, tidak cukup dengan hanya di kalangan mereka menghidupkan solat, zikir, madrasah dan kebiasaan mengajar dan belajar ilmu. Ibnu Muljam yang merupakan pembunuh Sayyidina Ali r.a. adalah seorang yang banyak bersolat dan berzikir. Sehingga apabila orang-orang yang marah (atas pembunuhan Sayyidina Ali r.a.) sebelum membunuhnya cuba memotong lidahnya, maka dia telah berkata, “Buatlah apa yang kamu mahu, tetapi janganlah memotong lidah saya; dengannya saya boleh berzikir kepada Allah hingga ke akhir nafas saya dalam kehidupan ini.” Namun begitu Baginda Rasulullah saw. telah bersabda, “Pembunuh Ali adalah seorang yang paling buruk dan bernasib malang di kalangan ummatku.."
Ta’lim dari madrasah telah diperolehi oleh Abul Fadhal dan Faizi juga. Ilmu dan kepandaian mereka begitu tinggi sehingga boleh menulis tafsir al-Quran walaupun dengan huruf yang tidak bertitik. Walhal merekalah yang telah menyesatkan Akbar [Maharaja India dari keluarga Mughal] dan merosakkan agama Islam. Jadi, bagaimanakah perkara yang ada pada Ibnu Muljam, Abul Fadhal dan Faizi boleh mencukupi untuk menjadi ummat yang sebenar dan mendapat nusrah ghaibiah dari Allah Taala.
Syah Ismail Syahid rah, Syed Ahmad Syahid rah, dan rakan-rakan mereka kesemua adalah satu jamaah yang unggul dan paling baik dari segi keagamaan mereka. Apabila mereka sampai ke kawasan sempadan [yakni utara-barat Pakistan yang diduduki oleh kaum Pathan], orang-orang di sana telah menjadikan mereka pembesar-pembesar mereka. Maka syaitan telah menimbulkan di dalam hati beberapa orang Islam di sana bahawa, “Mereka ini orang-orang luar, mengapakah mereka diberi kesempatan untuk mengetahui kami?” Maka mereka telah mula menentang orang-orang Islam yang teguh mengamalkan agama ini.Beginilah caranya orang-orang Islam menghancurkan perasan ummat oleh sebab kedaerahan mereka. Maka Allah Taala telah memberikan pembalasan dan penyeksaan dengan memberi kuasa kepada orang-orang Inggeris ke atas mereka. Ini merupakan azab daripada Allah Taala.
Ingatlah! Bahawa perkataan, kaumku, daerahku, saudaraku dan yang seumpamanya, semuanya adalah perkataan yang memecahbelahkan ummat!
Perkataan dan semangat sebegitu rupa adalah sangat-sangat dibenci oleh Allah Taala sehingga sedikit kesilapan dari segi ini oleh seorang Sahabat yang begitu tinggi darjatnya seperti Saad ibnu Ubadah r.a. [yang jika tidak diberhentikan dengan serta-merta pada masa itu juga, maka akan wujud perpecahan antara Ansar dan Muhajir] telah dibalas oleh Allah Taala di dunia.
Terdapat riwayat bahawa Saad ibnu Ubadah r.a. telah dibunuh makhluk jin dan di Madinah telah kedengaran pengumuman seperti berikut, tetapi tidak kelihatan makhluk yang mengumumkannya:
[Kami telah membunuh ketua kaum Khazraj: Saad ibnu Ubadah;
Kami telah menjadikannya sasaran anak panah kami yang telah memasuki jantungnya!]
Daripada peristiwa ini didapati suatu contoh dan pengajaran bahawa walaupun seseorang itu mempunyai serba-serbi kebaikan, tetapi jika ia melakukan kesilapan dengan menyebabkan perpecahan ummat, maka Allah Taala tetap akan menghancurkannya.
Ummat akan menjadi ummat yang sebenar apabila setiap individu dan golongan di kalangan ummat ini tanpa membeza-bezakan, memegang usaha yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah saw. Dan ingatlah bahawa perkara yang memusnahkan perasaan ummat adalah keburukan dari segi muamalat dan muasyarat. Apabila satu individu atau satu golongan di kalangan ummat ini menzalimi dan tidak berbuat adil dengan yang lain, tidak menunaikan hak-haknya, menyakitinya, memperkecilkannya atau menghinanya maka timbullah perpecahan dan perasaan ummat akan hancur. Sebab inilah saya berkata bahawa ummat ini tidak dapat dibentuk dengan hanya kalimah dan tasbih.
Ummat akan menjadi ummat yang sebenar melalui pengislahan muamalat dan muasyarat, melalui menunaikan hak-hak semua pihak dan melalui bersifat ikram terhadap sekalian orang. Bahkan apabila untuk menunaikan hak-hak orang lain, hak-hak sendiri dikorbankan, baharulah ummat ini akan dapat dibentuk. Baginda Rasulullah saw, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Sayyidina Umar r.a. telah membentuk ummat ini dengan cara mengorbankan kesemua kepunyaan mereka dan menanggung bermacam-macam kesusahan."
Pada zaman Sayyidina Umar r.a. suatu ketika telah datang berjuta-juta dinar dan dirham dan mesyuarat telah diadakan untuk membahagi-bahagikannya. Pada masa itu ummat sudah dibentuk; yang bermesyuarat itu bukanlah daripada suatu daerah atau satu kaum atau kabilah sahaja. Bahkan manusia daripada pelbagai kaum, kabilah dan daerah berada dalam syura tersebut yang terkenal sebagai orang-orang khawas dari segi persahabatan dengan Baginda Rasulullah saw. Melalui mesyuarat, mereka denga sepenuh perhatian telah membuat keputusan bahawa dalam pembahagian tersebut, yang paling banyak akan diberi ialah kepada kabilah baginda Rasulullah saw. Kemudian kepada ahli kabilah Abu Bakar r.a. dan selepas itu kabilah Umar r.a. Maka dengan keputusan ini, saudara mara Umar r.a. telah mendapat kedudukan yang ketiga. Apabila keputusan ini telah dikemukakan kepada Umar r.a., beliau tidak meluluskan keputusan tersebut lalu berkata, Apa juga yang diperolehi dan akan diperolehi oleh ummat ini adalah kerana baginda Rasulullah saw. semata-mata. Jadi, dalam pembahagian harta ini, kita akan hanya mempertimbangkan perkaitan hubungan dengan baginda Rasulullah saw sahaja.Kabilah yang paling dekat dengan baginda akan mendapat bahagian yang paling besar. Kemudian yang kedua, yang ketiga, yang keempat dan seterusnya. Jadi, bahagian yang terbanyak telah diberikan kepada Bani Hasyim. Kemudian Bani Abd Manaf, anak-anak Qasa, Kalab, Marra dan seterusnya. Mengikut tertib ini kabilah Umar r.a. sangat jauh terkebelakang dan bahagian yang diperolehi oleh mereka adalah terlalu sedikit. Tetapi Umar r.a. tetap membuat keputusan ini. Beliau sendiri telah membelakangkan kabilahnya sendiri dengan pembahagian ini. Dengan cara beginilah ummat ini telah dibentuk!
Untuk membentuk umat, apa yang mustahak ialah semua orang perlu mencuba supaya kesatuan berkekalan di kalangan ummat dan supaya tidak timbul perpecahan. Maksud sebuah hadis Baginda Rasulullah saw, “Pada hari kiamat salah seorang akan dibawa kepada Allah taala untuk pembalasan. Semasa hidup di dunia, orang itu telah mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa, mengerjakan haji, berdakwah dan lain-lain amalan yang baik. Tetapi dia akan diberi penyeksaan. Sebab, satu perkataan yang telah diucapkannya menyebabkan peprpecahan di kalangan ummat. Ia akan dihukum, “Rasailah penyeksaan untuk satu perkataan itu yang telah mendatangkan kerugian kepada ummat.” Seorang lagi yang dihadapkan mempunyai mempunyai kekurangan dari segi solat, zakat, puasa, haji dan lain-lainnya dan dia dalam ketakutan akan azab Allah Taala, tetapi dia telah diberikan banyak pahala dan balasan baik sehingga dengan penuh kehairanan dia sendiri akan bertanya, Untuk amalan saya yang mana satu, saya dimuliakan begini? Dia akan diberitahu, Pada masa dan keadaan sekian-sekian itu engkau telah mengucapkan satu perkataan yang telah menghentikan satu pergaduhan di kalangan ummat yang ditahap perpecahan. Pada ketika perpecahan itu, ummat telah kembali bersatu padu disebabkan perkataan kamu itu. Kesemua ini adalah pahala dan balasan untuk perkataanmu itu.
Di dalam membentuk ummat dan juga merosakkan ummat, peranan yang besar telah dimainkan oleh lidah. Lidah boleh menyenangkan hati orang, boleh juga ia menyakiti dan memecahkan hati. Cukup dengan satu perkataan salah yang keluar daripada lidah, maka menyebabkan penggunaan tongkat dan pergaduhan dan peperangan yang sempurna telah wujud. Demikian juga dengan satu perkataan sahaja boleh mendatangkan perdamaian dan perpaduan; ia boleh menyatukan hati-hati yang berpecah-belah. Oleh itu, perkara yang paling penting ialah lidah (percakapan) mesti dikawal supaya tidak disalahgunakan. Perkara ini hanya akan tercapai apabila seseorang itu sentiasa ada perasaan bahawa Allah ada bersama di setiap tempat dan juga Dia maha mendengar setiap perkataan yang diucapkan."
Di Madinah, pada zaman itu, ada dua kabilah Ansar, iaitu Aus dan Khazraj. Di antara keduanya telah terjadi pergaduhan dan peperangan sejak ratusan tahun. Apabila Rasulullah saw telah berhijrah dan sampai ke Madinah, orang-orang Ansar telah dikurniakan Allah dengan Islam. Maka dengan berkat Baginda dan Islam, pergaduhan dan peperangan itu telah terhenti dan Aus dan Khazraj telah hidup dengan aman dan damai. Melihat keadaan itu, orang-orang Yahudi telah membuat satu perancangan jahat supaya Aus dan Khazraj bergaduh dan berperang semula. Di dalam satu majlis yang dihadiri oleh orang-orang dari kedua kabilah tersebut, salah seorang (mengikut perancangan jahat tersebut) telah menyalakan api (menegangkan keadaan) dengan membaca satu syair mengenai peperangan mereka yang lama. Maka pada mulanya, mereka bertikam lidah antara satu sama lain dan akhirnya senjata telah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak. Salah seorang telah segera mengadu kepada Baginda Rasulullah saw. Baginda saw. dengan serta merta datang ke tempat kejadian, lalu bersabda, Kamu hendak berperang sesama sendiri, sedangkan aku masih berada di kalangan kamu? baginda telah berkhutbah dengan ringkas tetapi penuh dengan semangat dan perasaan susah hati. Mereka telah memahami kesilapan masing-masing. Mereka telah sedar bahawa syaitan telah memerangkap mereka dengan perancangan jahat. Kedua-dua belah pihak telah menangis dan memeluk antara satu sama lain. Ayat suci telah diturunkan oleh Allah Taala:
[ يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته و لا تموتن إلا وأنتم مسلمون ]
(Seolah-olah Allah memaksudkan) Wahai orang-orang yang beriman! Takutilah Allah sepertimana yang harus kamu takuti kepada-Nya dan sampai ke nafas kamu yang terakhirlah kamu hidup sebagai hamba yang menyerah diri dan mentaati Allah.
Jadi, apabila manusia sentiasa ingat pada Allah, takut kepada kemurkaan-Nya dan sentiasa mentaati-Nya, maka syaitan pun tidak ada kesempatan untuk menyesatkannya dan ummat akan terselamat dari semua pergaduhan dan keburukan yang lain.
[ واعتصموا بحبل الله جميعا ًولاتفرقوا واذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا ً و كنتم على شفاحفرة من النار فأنقذكم منها ]
(Seolah-olah Allah memaksudkan) Dan berpeganglah kamu sekalian secara berjemaah dengan tali Allah yakni kitab Allah dan agama-Nya dengan teguh; yakni dengan sifat IJTIMA’IYYAT yang sempurna serta sifat perasaan ummat, berpegang kepada agama dan berpautlah kepadanya. Jangan menjadi berpecah-belah atas perkauman atau kedaerahan atau dari segi bahasa. Dan janganlah melupakan ihsan Allah yang mana Allah Taala telah menghapuskan permusuhan yang telah berkekalan sesama sendiri di kalangan kamu dan telah menyatukan hati-hati kamu dan telah menjadikan persaudaraan satu sama lain. Semasa kamu berperang sesama sendiri, kamu sebenarnya telah menghampiri neraka sehingga kamu telah hampir jatuh ke dalamnya; Allah Taala telah memegang kamu dan telah menyelamatkan kamu dari neraka.
Syaitan memang ada bersama kamu. Penyelesaian masalah ini adalah di tangan kamu. Kamu seharusnya berada di dalam satu golongan yang tugasnya hanyalah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan dan fasad.
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Aali ‘Imran: 104)
Di kalangan ummat harus ada satu golongan yang tugasnya patut menyuruh manusia kepada agama dan segala jenis kebaikan; mereka harus meneruskan usaha untuk iman, untuk kebaikan dan kebajikan, mereka perlu usaha atas solat, atas zikir, atas ilmu yang telah di bawa oleh Rasulullah saw. Mereka juga perlu usaha untuk selamatkan manusia dari keburukan dan segala jenis maksiat. Melalui usaha sedemikian rupa ummat akan berkekalan sebagai umat yang bersatu-padu.
تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَلاَ
وَأُوْلَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka Yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa Yang besar. (Surah Aali ‘Imran: 105)
Sesiapa yang selepas menerima kesemua nasihat-nasihat ini, dan masih meneruskan untuk mengikut jalan syaitan, berjalan secara berasingan, menimbulkan perlawanan dan merosakkan perasaan dan perpaduan ummat, maka bagi mereka ada penyeksaan yang keras.
Kesemua ajaran dan perkara-perkara dalam agama mempunyai JORD (kesatuan) dan juga untuk kesatuan dan perpaduan. Di dalam solat ada Jord, dalam puasa ada Jord. Dalam haji ada Jord bagi pelbagai kaum dan bangsa dan negara dan manusia yang bercakap dalam berbagai-bagai bahasa. Di dalam halaqah ta’lim ada Jord. Sifat ikram (memuliakan) orang-orang Islam dan mencintai orang-orang Islam, memberi dan menerima hadiah antara satu sama lain, kesemua ini adalah yang mendatangkan kesatuan dan yang membawa ke syurga. Mereka yang membuat usaha untuk kesemua amalan ini akan mendapati wajah mereka berseri-seri pada hari Hisab."
Dan sebaliknya, benci, hasad, dengki, mengumpat, menghasut, menghinakan orang, mengecilkan hati orang dan menyakiti hati orang, kesemua ini adalah perbuatan yang menyebabkan perpecahan dan membawa ke neraka. Mereka yang melakukan perbuatan tersebut akan dihinakan pada Hari Hisab (perhitungan).
وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكْفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ
فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ
وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu. Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (Surah Aali-'Imran:106-107)
Mereka yang telah memecahbelahkan, dan menjalani perbuatan yang memecahbelahkan, telah menghancurkan perasaan ummat, maka pada hari kiamat mereka akan bangkit dari kubur masing-masing dengan muka yang hitam; mereka akan diberitahu bahawa kamu telah mengambil cara-cara orang kafir setelah kamu dikurniakan dengan Iman dan Islam. Jadi, rasailah kamu di sini azab neraka sepertimana telah kamu kufurkan. Dan mereka yang ikut jalan yang betul, wajah-wajah mereka akan bercahaya dan berseri-seri. Untuk selama-lamanya mereka akan berada di dalam rahmat Allah Ta'ala dan syurga."
Saudara-saudaraku dan teman-temanku sekelian!
Kesemua ayat-ayat ini telah diturunkan pada masa orang-orang Yahudi telah cuba untuk memecahbelahkan orang-orang Ansar dan menjadikan dua kabilah Ansar bermusuhan antara satu sama lain. Di dalam ayat-ayat tersebut, perpecahan, pergaduhan dan berperang antara satu sama lain di kalangan ummat telah disifatkan sebagai kufur dan telah diberi ancaman untuk azab di akhirat.
Pada hari ini di seluruh dunia telah berlaku usaha untuk memecahbelahkan perasaan sebagai satu ummat. Jalan penyelesaian dan perkara yang boleh mengatasinya ialahhendaklah kamu menyibukkan diri kamu sendiri dalam usaha Baginda Rasulullah s.a.w. Hendaklah kamu mengajak orang-orang Islam ke masjid. Hidupkanlah perbincangan tentang iman. Dirikanlah halqah Ta'lim dan Zikir. Bermesyuaratlah mengenai usaha agama. Telah terbukti bahawa pelbagai kaum, keturunan dan manusia dari berbagai-bagai daerah dan yang bercakap berbagai-bagai bahasa telah bersatu padu melalui amalan-amalan ini di Masjid Nabawi.
Perasaan perpaduan ummat akan hidup apabila kamu akan mengelakkan diri dari perkara-perkara yang memberi peluang kepada syaitan untuk memecahbelahkan kamu. Apabila tiga orang duduk bersama, maka hendaklah kamu ingat bahawa yang keempat bersama kamu adalah Allah SWT Apabila ada empat atau lima orang duduk bersama, maka hendaklah kamu selalu ingat bahawa Allah SWT bersama kamu sebagai yang kelima atau yang keenam; Dia mendengar setiap perkataan kamu dan Dia melihat sama ada kamu berbincang untuk perpaduan ummat ataupun kamu memecahbelahkan ummat. Adakah kamu sedang mengumpat atau menghasut, atau membuat perancangan jahat untuk orang lain.
Ummat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah saw dan kelaparan Baginda saw, sementara kita hari ini memecahbelahkan ummat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecahbelahkan ummat. Apabila akan datang perasaan perpaduan ummat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.
Kekuatan Russia dan Amerika juga akan menunduk di hadapan mereka. Dan perasaan ummat akan hanya datang apabila diamalkan atas ayat:
أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
"Bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman.."
(Surah al-Maidah: 54)
Yakni, setiap orang Islam disisi orang Islam yang lain akan mengecilkan, merendahkan, dan menghinakan diri dan akan berkelakuan lemah-lembut terhadapnya. Di dalam tabligh harus kita melatihkan diri untuk perkara ini. Apabila akan datang sifat ( أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ ) di kalangan orang-orang Islam, maka di dunia mereka akan menjadi:
أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ
Maksudnya: "..berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir.."
(Surah al-Maidah: 54)
Yakni, ia akan dimuliakan berbanding dengan orang-orang kafir. Ia akan dikurniakan Allah swt dengan kehebatan dan kemenangan ke atas orang-orang kafir, sama ada kafir itu kafir Eropah ataupun kafir Asia.
Beliau mengakhiri ceramahnya dengan doa.
3 hari selepas menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Syeikh Maulana Mohammed Yusuf rahimahullah telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia. Maulana Muhammad Yusuf al-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala, India dan diwafatkan oleh Allah swt pada 26 Zulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965.
Syeikh Maulana Yusuf rahimahullah juga merupakan sahabat kepada ayahanda al'Allamah Habib Umar bin Hafidz iaitu ash Syahid Habib Muhammad rahimahullah yang merupakan Mufti Tarim pada masa itu, Habib Umar menceritakan semasa rombongan Syeikh Maulana Said Ahmad Khan rahimahullah datang ke Tarim ayahnya yang mula-mula nusrah rombongan tersebut.. kemudian ayahnya ikut rombongan tersebut ke India Pakistan.. Di Pakistan ayahnya tinggal selama 2 bulan. Kemudian ayahnya pergi ke Nizamuddin di India dan duduk bersama Syeikh Maulana Yusuf rahimahullah selama 4 bulan. Beliau kata ayahnya bersama-sama Syeikh Maulana Yusuf menyiapkan kitab Hayatus Sahabah sampai sekarang masih ada tulisan tangan ayahnya yang tersimpan di Nizamuddin, India. Lebih kurang 4 atau 5 tahun lepas anak Habib Umar iaitu Sayyid Salim pergi ziarah Nizamuddin, Syeikh Maulana Saad (cucu Syeikh Maulana Yusuf) tunjukkan kepada Sayyid Salim tulisan datuknya (Habib Muhammad) yang turut bersama mengarang kitab Hayatus Sahabah bersama datukku, Syeikh Maulana Yusuf. Kemudian setelah ayah Habib Umar balik ke Tarim dari India dan meneruskan berdakwah mengajak manusia kepada Allah swt, dan pada masa itu zaman komunis seterusnya ayahnya telah ditangkap dan dibunuh oleh Komunis..
semoga Allah SWT merahmati 'mereka' yang sudah pergi dan menjaga 'mereka' yang masih tinggal... Amin Allahumma Amin... al-Fatihah..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : Ummah tidak terbentuk dengan batu bata,bukan juga dengan simen-simen. tapi dengan sifat ikramul muslimin. Aduh, habis kering air mata bginda nabi untuk ummah, habis kering darah baginda nabi untuk ummah, habis kering harta baginda nabi untuk ummah. Hai ummah,andai baginda ada dengan kita hari ni,pasti bergenang air mata baginda saw. hm hm.
Subscribe to:
Comments (Atom)