Sunday, 25 August 2013

Terjun sendiri ke laut, baru tahu ad buaya atau duyung. Heh.

Bismillahirahmanirrahim. Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina wa maulana muhammad.

Terjun sendiri ke laut, baru tahu ad buaya atau duyung.

Ap noob sangat tajuk? Haha.

Lama tak update. Saje. Nak tengok gelagat manusia. Dan muhasabah untuk diri sendiri. Betul,rakan-rakan adalah cerminan sebenar islam di hati kita.

Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
“Seseorang itu akan mengikuti agama temannya, karenanya hendaklah salah seorang diantara kalian mencermati kepada siapa ia berteman.” [HR Tirmizi]

Pilihlah yang terbaik. Bukan nak kerek atau sombong, bukan jugak bermakna nak menyepikan diri dpd masyarakat. Tapi diri kamu mahal, dan tersangatlah mahal. Jangan jual jam rolex di uptown. Nanti di kata nya ciplak dan di mintanya murah !

Faham dok ?

Okay. Senang ckp. Bergaul dengan semua,sebab tu akhlak nabi. Dan berdampinglah dgn yang soleh/solehah, moga tu memberi kebaikan utk kita dan ummah. 
Memikirkan hal ni, saja nak alih angin. Pusing 360 darjah. Mencari sesuatu yg baru. Maklumlah,aku hanya budak hingusan, yang masih jahil dalam banyak perkara, yang sangat-sangat lack dalam ibadah dan muamalah dengan Rabb, yang sangat miskin dalam mahabbah kepada Allah dan rasul.

Teruk an. Hem.

Dan angin tu pun teralih. Eh,bukan 'ter' tapi mmg sengaja. :D
Beberapa hari lepas,saja jek meroyan di twitter. Maklumlah, teringin jugak nak rasa mcm budak-budak alim?.(macam aku ckp,kan?) =D

So.. 
Saje buat account twitter baru. Untuk 'menyelam' masuk ke dalam kelompok da'ie di twitter, tak kira ikhwah dan akhawat. 

Untuk rasa sendiri, untuk baca sendiri tweet-tweet 'islamik' dpd mostly from them. Untuk rasa sendiri macam mana feel ada ramai kawan-kawan yg hari-hari ckp tentang dakwah lagi dan lagi.

Kalau diri sendiri tak menyelam ke laut, manakan nak tahu sendiri bahaya yg menanti kan? (Peribahasa kutip dpd buku fizik. Haha)

Dan. 

Sedih ohh. . (tak seperti yang dijangka dan diharapkan)

Kat surau dah azan,tapi tweet-tweet dakwah tak berhenti dpd memenuhi ruang timeline. 
Banyak mujtahid jadian. Senang-senang jek keluarkan hukum,walaupun dah bagitau ulama-ulama dan ustaz-ustaz aswj sekian-sekian ckp mcm tu mcm ni.
Ikhtilat? Wakaka. Takyah cakap lerr. Maklumlah berdakwah kan tak kira jantina. Walaweh !
 

(tapi bukan semua. but boleh ckp ramai yg mcm tu)

Husnudzon. Tu je mampu.


Betul kata sorg akhi yg aku hormati, abg kpd kwn aku, anas bin alwi.

Ramai yg seronok dan sibuk dalam melaksanakan dakwah. Tapi tersangat sedikit individu yang melakukan dakwah serta tarbiyah !


Dakwah tanpa tarbiyah itu kosong. Tarbiyah tanpa dakwah juga kosong. Boleh rujuk semula as-saff ayat 2-3,insyaAllah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." [ as-Saff:2-3]


Dalil ni jugak bukan bermaksud kita boleh tinggalkan dakwah, kerana merasakan diri belum cukup sempurna. Kalau nak tunggu sempurna, mmg alamatnya sampai kiamat lah tak buat dakwah.

Mulakan cakap lagi dan lagi tentang kalimah tauhid,ajak manusia kpd kebaikan. Dalam masa yg sama, trigger satu catalyst utk memulakan proses pengislahan diri atau pentarbiyahan diri.

Aiwah ckp mcm ustaz science. Luls.


Dan. Dalil ini juga bukan di turunkan oleh Allah untuk menghentam org tak tentu pasal, tapi sebagai peringatan. Kita ni, kalau nampak sahabat yg baik, budak surau, alim, ha senang citer tiptop la buat calon suami/ isteri. Tapi bila nampak dia buat salah, terus hentam menggunakan dalil ni. Haiyaa. Tu bukan akhlak nabi maa... 

Biasalah manusia. Terkadang lupa, terkadang iman tu ada, tapi ada masa, zero. Nauzubillahi min dzalik.

" weh, hg jangan main shoot je kepale da'ie ni, kalau tak bersama mereka dalam DnT ! " *sambil tangan cekak pinggang*

Kekekeke..

Dan,sebab itu aku ambil inisiatif, untuk merasa sendiri, medan dakwah mereka. *senyum*
(disklemerrr : bukan terjun di laman twitter saja ye. harap maklum. )


Betul lah ckp hg tu, jgn berani ckp kalau diri sendiri tak rasa.

Contoh, selalu pndang sinis orang tgok bola kt stadium ? Katanya isyak dah masuk pun tak reti nk utama kn solat.

Eheh. Kena pergi stadium dulu,rasa dgn diri sendiri. Baru boleh komen.

Lagi ?

Jemaah tabligh. Dakwah smpai tinggal dunia. Anak bini kebuluq !

Kena keluar khuruj dulu berooo. Baru rasa nikmat jalan kaki di jalan Allah. Bukan tinggal dunia, tapi dunia tu sendiri keluar dari hati, kalau selalu mujahadah atas jalan Dia. Dah rasa, baru boleh komen beroo.. Zzzzz..

"ap kena-mengena dgn contoh kat atas?"
Tak tahu. Mihmihmih.


But.
I admit it. I cant agree more. Terjun ke dalam laut, baru tahu ujian ap yg menanti. Hanya pandai bermadah di gigi-gigi pantai, tak jadi jugak.

Bagus berdakwah. Cuma jangan sampai da'ie sendiri yang menimbulkan fitnah atas agama. Harap ada yg faham. Dan kalau nak hentam si penulis yg jahil ni, hentam lah. Harapnya ad komen-komen yg membina.

Entah. Aku tak tau nak cakap ap. Cuma nk sampaikan kalam dari Maulana Johari. (Beliau merupakan mudir ni madrasah sg salan,jerantut,pahang.)

Maulana sendiri mengaku, yg kiamat tersangatlah hampir. Dikaitkan dgn peristiwa di syria dan satu hadith dalam sahih bukhari. (maaf aku tak egt)

Dan. Bersedialah jaga diri masing-masing. Untuk akhirat semata-mata.

Dunia

Letaknya di tangan. Bukan di hati. Jangan sampai terlepas dek genggaman tangan,kelak mengundang fitnah. Jangan sampai bertakhta di hati, kelak di akhirat dijilat api.

Jangan hanya bersedia untuk mengubah, tapi belum bersedia untuk berubah. Kita nak mengajak orang kpd sesuatu yg kita sendiri jauh dgnNya. Logik ka ?

Moga Allah bagi kita taufik dan hidayahNya, lagi dan lagi.
Moga Allah bagi faham perihal agamaNya, sepertimana kefahaman nabi muhammad saw dan para sahabat r.a.hum.
Moga Allah bagi kita kekuatan untuk terus amal dan sampaikan.
Moga Allah lindungi kita dari fitnah akhir zaman dan fitnal al-masih dajjal.

Allahumma ameen.

3 comments:

  1. susah sebenarnya nak jaga ikhtilat dalam laman sosial. namanya pun laman sosial. tapi, kalau ada niat nak berubah, insya Allah akan dipermudahkan. syukran atas peringatan. terlalai juga seorang pendosa ini di jalan menuju redha Ilahi. syukran.

    ReplyDelete
  2. Tentang ayat as-saff tu...maulana ali bagi bayan haritu kat sri petaling...ramai manusia salah paham tentang ayat ni..dan ramai yang yang salah anggap..

    maulana bitau..ayat ni maksudnya mengapa kamu MENDAKWA apa yang kamu tak buat...contoh....aku cakap kat kawan aku..

    " subhanAllah kawan, malam tadi aku bangun tahajud awal, dapat berkhalwat dengan Allah " [ sedangkan aku tak buat benda ni ]

    ni maksud sebenar ayat ini...kita boleh berdakwah, tapi MENDAKWA apa yang kita tak buat tu salah...

    Moga Allah bagi faham..:)

    ReplyDelete