Wednesday, 22 May 2013

Wabak Seorang Dai'e

Assalamualaikum wbt.

Sedang diri sibuk dengan dunia,Allah hantar seorang sahabat buat peringatan untuk diri yang selalu alpa ni. Sedikit pesanan dari sahabat yang suka ana kongsikan dengan semua. :')


**********************************************************************

[ Sebuah Monolog ]


Masa terus berjalan seiring dengan putaran bumi. Angin terus meniup, bergerak ke mana sahaja sesuai dengan izin Allah. Gerombolan awan terus bergerak menaungi kawasan dengan teduhannya. Sekali sekala menutup teriknya matahari. 


Dan manusia pula terus menjalani rutin harian masing-masing. Lalu diri ini berhenti sejenak, mengamati keadaan sekeliling dan mula bertafakur. 


Dan di kala itu, satu senyuman terukir di bibir. Senyuman ini lahir di celah-celah hiruk-pikuk kehidupan manusia yang penuh dengan ragamnya.


Diri ini tersenyum tatkala melihat semakin ramai pemuda pemudi islam yang mulai sedar akan kepentingan dakwah dan tarbiyyah ini.


Diri ini gembira melihatkan mereka berpenat lelah mengorbankan masa,tenaga dan harta untuk menyampaikan risalah rabbaniyyah ini.


Diri ini turut terkesan melihat semangat mereka yang berkobar kobar untuk menjunjung sebuah kalimah suci, kalimah La Ilaha Illa Allah ! 


Sedang diri ini mengagumi kesungguhan dan semangat mereka, tiba-tiba muncul satu perasaan yang kurang enak. Perasaan yang membuatkan diri ini tidak senang duduk. Seolah olah diri ini sedang melihat satu ‘wabak’ yang sedang rakus membaham jiwa-jiwa anak muda ini. 


‘Wabak’ yang sedang menyerang tanpa belas kasihan kerana tiadanya penentangan dari mereka. Menyerang secara halus tanpa mereka sedari, seakan-akan sudah ‘hidup’ bersama secara harmoni dan menjadi sebahagian daripada hidup mereka.


Ironinya, mereka seperti merelakan ‘virus wabak’ ini untuk terus berkembang !


[ WABAK SERIUS TERUS MENYERANG ]


Berat untuk diri ini mengatakan ‘wabak’ apakah itu. 


Kerana diri ini yakin bahawa segala bentuk penafian akan dikembalikan semula kepada diri ini. Hujah-hujah akan disusun kemas dan dihalakan semula kepada diri ini.


Untaian kata-kata akan datang menikam semula diri ini.


Wahai saudaraku, demi Allah diri ini tidaklah menginginkan sesuatu kecuali redha Allah. Allah menjadi saksi bahawa diri ini sangat cintakan kalian dan sedaya upaya berjuang untuk kebaikan kalian. Tidak ada manfaat tersirat yang diinginkan. Diri ini hanya mengingatkan tentang satu wabak yang perlahan-lahan sedang membaham kehidupan kalian. 


Itulah dia 'wabak sekular' dalam kalangan daie!


“Sila jaga tulisan anda wahai penulis!" bentak akh A.


“Ini satu tuduhan yang tidak berasas!" sambung akh B.


“Akhi, takkanlah daie pun dikaitkan dengan sekular?” ujar akh C.


Diri ini sudah menjangkakan adanya bibit-bibit tidak senang dari pembaca sekalian. Terkejut dan tersentak mengapakah diri ini sungguh berani mengeluarkan satu kenyataan yang berat terhadap para daie? 


“Bukankah para daie ini sedang bekerja untuk membersihkan manusia dari segala kesesatan ideologi selain ideologi islam?" tambah akh D menghangatkan suasana.


[ PERIHAL SEORANG DAIE ]


Mari kita bersama perhatikan sebuah perihal wahai saudara yang ku cinta kerana Allah.


Akh Faizal (bukan nama sebenar) adalah seorang yang telah menyerahkan jiwa raganya untuk dakwah dan tarbiyyah ini. Makan minumnya, lelapnya, sembangnya semuanya tidak terlepas dalam kerangka menyebarkan fikrah suci ini. 


Beliau sentiasa memenuhi walau celahan kecil dalam kehidupannya dengan kerja dakwah dan tarbiyyah. Usrah, katibah dan kesemua wasilah tarbiyyah dilaluinya dengan semangat seorang pemuda yang berkobar-kobar. Input serta bahan yang diterima disebarkan kepada semua dengan penuh rasa cinta dan amanah. 


Beliau sungguh berharap bahawa semua orang dapat merasai ‘kemanisan’ berada di dalam jalan dakwah ini sepertimana yang beliau rasai. Manusia di sekelilingnya menjadi saksi bahawa beliau adalah seorang akh yang sodiq.


Dalam kesibukan beliau menyebarkan fikrah suci ini, beliau tidak sedar bahawa beliau telah pun dijangkiti wabak ini. Ya, beliau dijangkiti virus sekular! 


Akh ini tidak menjalankan amanah sebagai seorang pelajar dengan sebaiknya. Beliau culas terhadap pembelajarannya. Sudah menjadi kebiasaan beliau : 


kerap ponteng kuliah atas alasan melakukan kerja dakwah. 


pelajaran tidak diulangkaji sebaiknya atas alasan sibuk berprogram. 


mengulang tahun kerana gagal dalam peperiksaan sudah sebati dan sinonim. 


hanya menumpukan pembacaan dan kajian pada bahan-bahan fikrah dengan pandangan bahawa bahan ini lebih islamik daripada silibus kuliah.


Apabila ditegur, maka beliau mengeluarkan alasan bahawa beliau sibuk berdakwah dan mentarbiyyah umat ini . 


[ DAIE SEKULAR? ]


Nah, wahai saudara pembaca sekalian. Bukankah ini satu bentuk sekular ?


Di dalam usrah beliaulah rijal bercirikan 10 peribadi,


yang meyakini bahawa seorang akh itu perlu luas pengetahuannya, 


Di dalam daurah beliaulah pemuda bersemangat inkuiri,


yang meyakini bahawa seorang akh itu perlu sentiasa dahagakan ilmu,


Di dalam katibah beliaulah tentera berdisiplin tinggi,


yang meyakini bahawa seorang akh itu perlu tersusun, teratur dan seimbang urusannya,


Di dalam qiyamullail beliaulah seorang abid berjiwa sufi,


yang meyakini bahawa seorang akh itu perlu ada rasa takut pada amanahnya (daie dan pelajar).


Namun, apabila keluar dari kesemua wasilah itu, keperibadian yang terbina berubah secara total. Seolah-olah keperibadian tersebut tidak pernah wujud. Hilang begitu sahaja tanpa jejak.


Sebelum saudara melanjutkan pembacaan ini, dengan rendah hati diri ini menyeru untuk saudara berlaku jujur terhadap diri sendiri.


Tanyakan pada diri sendiri wahai saudaraku, 


Adakah islam itu hanya wujud di dalam wasilah-wasilah tersebut?


Bukankah islam itu satu sistem yang mana tiada satupun urusan hidup kita terlepas darinya?


Maka mengapakan keperibadian muslim itu hanya ditonjolkan di dalam wasilah–wasilah tarbiyyah tersebut dan hilang apabila kembali menjalani kehidupanseharian 


Maka wahai daie sekalian,


Mengapakah kamu mengabaikan tanggungjawabmu sebagai seorang pelajar?


Lalu kamu tidak menjadi seorang pelajar yang bersungguh-sungguh untuk mendalamiilmu.


Mengapakah kamu merasakan bahawa peperiksaan kuliah itu terkeluar dari lingkungan islam?


Lalu kamu tidak mengambil endah tentang keputusan peperiksaaanmu sendiri.


Mengapakah kamu tidak merasakan bahawa akademik itu sebahagian dari cabang dakwah islam?


Lalu kamu tidak merasakan keperluan seorang daie itu untuk cemerlang dalampelajarannya.


[ SINERGI ]


Diri ini menujukan peringatan kepada kamu, ya, kepada kamu wahai sang daie.


Sesungguhnya amanah kamu sebagai seorang pelajar tidak pernah bertentangan dengan amanah sebagai seorang daie. Tidak bermakna apabila kamu fokus di dalam kerja dakwah dan tarbiyah, maka itu lesen untuk kamu bersikap culas terhadap pelajaranmu. Begitulah juga fokus di dalam pelajaran bukanlah menjadi alasan untuk kamu tidak bersama-sama dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ini.


Hakikatnya kedua-dua ini perlu dipadukan wahai saudaraku, bergerak seiringan tanpa mengabaikan salah satu darinya. Lalu menatijahkan impak terbaik hasil paduan ini. Inilah apa yang dikatakan sebagai SINERGI !


[ SUARA KECIL DARI HATI ]


Hanya tulisan dan idea yang kerdil ini mampu diri ini sampaikan. Tulisan yang lahir dari hati apabila merasa pedih melihat tersungkurnya seorang demi seorang daie kerana ‘wabak’ ini. 


Juga lahir atas rasa amanah untuk memantapkan saff- saff daie yang bersama berjuang dalam gerabak dakwah ini. Tulisan yang diharapkan mampu menjadi benteng peringatan agar semua berwaspada terhadap ‘wabak’ ini yang kian mengganas.


Dengan penuh harapan dan rasa cinta, diri ini mendoakan bahawa tulisan ini mampu menembusi fikiran dan jiwa setiap pembaca. 


Dengan kefahaman dan pengetahuan yang terbina, marilah bersama melakukan satu bentuk perubahan dalam diri sendiri, seterusnya mencipta gelombang perubahan kepada masyarakat sekeliling. 


Ayuh berpegang tangan, membimbing dan menasihati dalam kalangan kita agar redha Allah mampu kita kecapi. 


Akhir kalam, diri ini menyeru kepada semua, ayuh tolak wabak sekular dalam kalangan daie!

Saturday, 18 May 2013

Mencari Sebuah 'Minat'..?



Jam 0450

Mengantuknya~ Hurm.. Alhamdulillah, sempat lagi nak ambil wuduk ni.

(pandang kiri pandang kanan)

Eh? Akhi pun bangun jugak pagi ni? Amboi.. Qiam sorang2 ye? Hehe.



Emm. Xde la. Ana tak boleh tidur lagi la. Fikiran ana tak tenang. 


Akhi,nape nie? Cuba share dengan ana ape sebenarnya masalah enta. Ana perasan jugak sekarang enta murung je. Macam ada yang tak kena. InsyaAllah ana cuba jadi pendengar yang setia ye? Surely, i can lend my ear to hear all your problem,akh. Ewah! (muka senyum kambing)


Ermm. Ana tak tau la nak habaq kt hang cmnaa.. Tapi,ana macam tak semangat nak belajar,ana macam dah xde passion untuk teruskan bidang yang ana ambil sekarang. Ana tak pernah terfikir pun untuk terjun ke bidang ni. Tup tup,Allah bagi. Hm hm. Ana tak boleh tipu diri ana sendiri la,akh. Enta pun tau,dulu ana tak terror sangat sains,ana nak jadi ustaz ke,murabbi ke. Ana nak didik ummah.. Hm hm.. (tunduk)


Akhii.. Jangan cakap macam nii. Akhi tau tak nape Allah letak enta dalam bidang ni? Nape Allah takdirkan enta untuk terjun dalam bidang ni? Allah pujuk kita semua,untuk terus yakin dengan kehendak Dia, sebab Dia lah sebaik2 perancang. Dalam surah al-baqarah : 216 Dia berfirman;


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Akhi,akhi jangan pandang bidang yang akhi terjun sekarang ni tak dapat sumbang kepada cita2 asal akhi. Dulu akhi nak jadi ustaz kan? Sekarang Allah bagi kelebihan kat akhi tau! Haa.. caranya,dulu akhi nak jadi seorang ustaz yang hanya ustaz semata2. Tapi sekarang Allah bukak jalan untuk akhi jadi seorang ahli sains yang berjiwa murabbi! Allah bukak jalan untuk akhi jadi seorang ahli sains tapi dalam masa yang sama mampu mentarbiyah ummah! Allhu. Akhi,suka ana share pesanan Habib Ali Zaenal Abidin.

"Kita,perlu tahu macam mana nak bermuamalah dengan Allah. Di setiap takdir yang diselitkan untuk kita, kita perlu sentiasa fikir macam mana takdir ini boleh sampaikan kita kepada Allah,bagaimana ketentuan ini boleh menjadi amal ibadah kita kepada Allah."

Ok akhi? Akhi jadi ahli sains yang berjiwa murabbi ok? (senyum)


Tapi enta yakin ke ana boleh buat? Hmmm. Ana takdak minat dalam bidang ni. Bidang ni perlu kepada imaginasi yang tinggi,daya kreativiti & macam2 lagi yang ana takdak. Hmm. Ana buat, tapi bukan dengan jiwa ana. Ana buat, dengan sebab paksaan pensyarah2. Kadang2 setiap tugasan ana tiru jaa.


Hehe. Hensem la muka enta kalau muram. Tapi lagii hensem kalau enta senyum. :P okay,selingan gurauan. Hihi. Akhi ni,ke situ pulak. Akhi tau kan kisah nabi musa nak jumpa dengan firaun cmnaa? Baginda takut, xd confidence langsung nak jumpa firaun tu. Sebab tu baginda berdoa kepada Allah,supaya diberi kekuatan,dilancarkan lidah yang bercakap. Itu seorang nabi Allah,yang nampak ujian yang berat pun tetap ada kebimbangan dalam hatinya. Jadi,tak pelik bila kita ni manusia yang sgt2 berdosa pun boleh ad sikap cmni. Akhi,letakkan keyakinan tu hanya pada Allah. Allah letakkan akhi dalam bidang ni,maknanya Allah tau dan sangat tau akhi mampu untuk martabatkan agama Dia melalui bidang ni. Akhi tak konfiden ye? So,akhi 
tnya diri akhi, akhi tak konfiden dengan diri akhi atau akhi tak konfiden dengan takdir Allah? Huhu. Akhi,minat bukan datang dari otak, tapi minat datang dari hati. Bagaimana sahabat boleh jadi sangat minat untuk mendengar kata2 baginda nabi saw? Bagaimana sahabat boleh jadi sangat gemar untuk amal sunnah baginda nabi saw? Sebab bukan akal mereka yang menilai,tapi hati para sahabat yang telah terpaut sungguh2 pada Allah & rasul. Akhi,pautkan bidang ini dengan kerja nabi,dakwah & tarbiyah. Gunakan peluang yang Allah hidang ni untuk raih cinta Dia! Akhi mesti tau kisah saidina abu bakar pergi ke pasar semata2 untuk menyambung sunnah baginda kan,dengan memberi makan seorang perempuan yahudi yang buta. Akhi pernah terfikir tak,nape saidina abu bakar sampai sanggup pergi ke pasar semata2 nak amal sunnah nabi? Sebab hati beliau yang sudah terpaut pada baginda nabi saw,hati beliau sudah cinta kepada Rabb,dan hati beliau yang sangat2 cinta kepada islam. Akhi,kita usaha sama2 utk suburkan cinta kepada agama dan usaha atas agama ye? 


Haih~ Nape la hati ana rasa berat sangat dengan hal ni. Nape la ana lemah sangat dengan menda ni. Ana kadang2 tanya diri ana sendiri,mana ana nak cari minat,passion & mcm2 lagi tu ye? Ana buntu, kadang2 sampai rasa nak patah balik. :(


Allahu. Akhi ni,lemah2 pulak ye? Bukan ke akhi yang cakap nak jadi singa yang lapar macam saidina umar al-khattab di medan perang? Bukan ke akhi ni yang cakap nak jadi singa Allah seperti saidina hamzah ra.? Akhi,Allah cipta manusia untuk apa? Dalam surah al-baqarah : 30 Dia jelaskan; 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi'..."
[Al Baqarah:30]


Akhi,ana dan semua manusia ni khalifah. Allah tak sebut,Dia hantar kita untuk jadi doktor semata2,untuk jadi arkitek semata2,untuk jadi ustaz semata2,tapi Dia hantar kita sebagai seorang khalifah. Ha macam mana tu? Untuk jadi seorang doktor,arkitek,atau murabbi yang berjiwa khalifah! So,tanamkan niat untuk jadi seorang khalifah yang berjiwa hamba,tapi dalam bidang akhi sendiri. Laksanakan tugasan dengan satu niat,"aku hadir dalam bidang ini kerana ummah memerlukan seorang doktor,arkitek,atau murabbi yang berjiwa khalifah!" Akhi,fikirkan untuk setiap jiwa umat muhammad kat luar sana,yang sangat2 perlu kepada tarbiyah. Ada doktor yang kaya dengan harta,tapi miskin jiwanya. Ada arkitek yang megah dengan hasil ciptanya,tapi hati gersang dari Rabbnya. Ada guru yang mendabik dada dengan kejayaan anak didiknya,tapi dalam nye sunyi dari rahmatNya. Sebab tu Allah hantar kita,untuk membasahi jiwa2 mereka,untuk menjadi peringatan buat mereka semua. Akhi yakin kan dengan takdir Allah? :) 

Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur"
[Al-A'raf:144]

Ha,akhi tak boleh givup2 tau. Allah dah tegur jugak dalam quran. Kali ni dalam surah yusuf pulak. Allah berfirman:

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
[Yusuf:87]


Erm.. InsyaAllah,ana cuba yakinkan diri ana semula ye? Jazakallahu khairan ya akh! Enta doakan ana dapat telusuri jalan pilihanNya ni dengan hati yang terbuka dan jiwa yg berkobar2 untuk sampai kepada Yang Maha Esa ye.. :)



InsyaAllah akhi. Ingat,sebenarnya yang paling tinggi dajat seseorang tu d sisi Allah bila dia adalah seorang yang beriman. Akhi pernah dengarkan, dalam surah ali-imran ayat 139 Allah berfirman :

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
[Ali Imran:139]


Soooo,jangan lemah2 ye? keep smiling akhi. Dont ask for the passion,but find the reason. And the passion will come after you. The reason,why He put u in this path. Ok? :)


Hayyapppp capten! Ukhuwah fillah,akh. :') Jom solat sama2,nanti tak sempat pulak nak dating dgn Dia. Hehe.



***********************************************************************

p/s: salam imtihan kpd semua kawan2. Dont ask for the passion utk study ye,tapi cari d mana niat kita utk study. Nak lulus exam samata2 ke,atau nak jadi khalifah Allah? Khalifah Allah mesti cintakan ilmu semata2 kerana Allah kan.. So,cek niat cepat. Nanti Allah marah. :)



Saturday, 11 May 2013

Pendatang Baru

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum wbt. 


Terkadang,aku merasa kecewa dan sedih.
Melihat ramai sahabat telah jauh,jauh meninggalkan aku dalam lapangan ini.
Lapangan dakwah dan tarbiyah.

Aku,sehingga hari ini,hanya seorang budak hingusan. Yang masih meminta-minta ilmu, yang masih berayu-rayu kepada sebuah nasihat.

Apakah aku layak untuk memberi nasihat? Sedangkan diri ini masih perlu dan sangat perlu untuk di bimbing? 

(kesat air mata)

Melihat teman sepersekolahan, melihat rakan seperjuangan di pasum, melihat kenalan-kenalan di laman sosial yang Allah temukan atas usaha yang sama.

Mereka terlalu jauh meninggalkan aku. Terlalu jauh.
Terkadang, hampir-hampir saja langkah ini terperosok ke tanah. Hampir-hampir saja muka ini jatuh menyembah bumi. Hampir-hampir saja mata kabur.

Tapi.. 
Apa jawapan yang mampu aku sediakan di 'sana' nanti? Melainkan hanya sedikit usaha,terlalu sedikit usaha daripada diri aku yang hina ini. 
Apakah ini mampu menjamin siapa aku di 'sana' nanti?

Allahu..
:(

Aku,yang masih ceria dengan gelak ketawa, tanpa sedar apakah ada hari esok untuk aku?
Aku yang masih bebas ke sana ke mari dengan kudrat dari Ilahi, tanpa aku sedar apakah kudrat yang diberi ini mampu membela aku di akhirat nanti?
Aku yang masih sibuk dengan hal-hal dunia, yang lena dalam buaian nafsu remaja, yang asyik dalam melodi-melodi neraka.

Yang terus membuai aku,jauh dariNya.

Apakah aku mampu menyaingi mereka, untuk merebut cinta Ilahi?


(pejam celik pejam celik)

*******************************

Aku hanyalah si pendosa yang merayu-rayu akan cintaMu,Allah.
Aku hanyalah si pelaku maksiat yang meminta-minta keampunanMu,YaRahman.
Aku hanyalah si jahil yang mengadu kepadaMu,YaRahim.
Dan
Aku hanyalah si kerdil dari kalangan umat kekasihMu yang cuba membuktikan..

Aku Cinta PadaMu,YaAllah.
:'(

*********************************

Aku ingin sekali menjadi seperti mereka.

Apabila melihat mereka, teringat kepada Mu.
Mendengar bicara mereka, menambahkan ilmu-ilmu ku.
Dan melihat gerak gerinya, mengingatkan aku kepada mati.


(tunduk)

Nabi saw bersabda:
 “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud)



p/s: ana mengharapkan antum semua utk terus doa kan ana. yang baru melepasi langkah pertama. yup,lapangan ini bukan lapangan utk berbahagia di dunia,bukan juga utk kenyang dgn nikmat dunia, bukan juga utk bergelak ketawa. Dunia adalah penjara bagi orang mukmin,kan? Allahu. :( 

Wednesday, 8 May 2013

Tarbiyah Kekalahan?


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم 

"assalamualaikum. nape nta nmpak sedih ni? ce habaq mai ke ceq. ceq kan sudi jadi penghibur d kala hati duka lara. chewah~"


"erm.. ana sedih. sebab,nta lihat keadaan skrg. umat nabi berpecah belah,umat nabi tak lagi amal agama mcm zaman sahabat,umat nabi tak lagi cinta kan sunnah nabi. tgok jugak skrg,umat nabi skrg bukan mcm umat nabi yg dlu. dulu Allah uji dgn kekalahan, mereka b'sabar. dan mereka lagi sungguh2 usaha atas agama,atas satu maksud. utk tegakkan kalimah tauhid. tapi skrg? hmm. :("



"akhi.. jgn sedih.. ni ujian utk kita,ujian utk org2 yg Allah amanahkn tugas ni. okay? nabi dah pesan: 


“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” 
[HR Muslim]

jadi,kita jgn pelik sbb ap islam hari ni orang akan pndang remeh. tapi kita kne lagi sungguh2 buat usaha ni, bukan atas maksud dunia, tp kita usaha utk buat org lain faham semata2 kerana maksud akhirat. okay?"




Hari ni, kita dpt tgok, ramai org nk agama islam ni tertegak. Ada yg ckp, kne letak pemimpin yg islamik, baru islam ni strong. Ada yg ckp jugak, xperlu pun parti2 bagai ni. Yang penting usaha mentarbiyah diri sndri. So mana satu yg betul? aish! ( gaya ala2 sir english ana waktu sekolah. hihi)

Haih. sedih, tu je yg ana mampu ckp mcm mne keadaan hati ni sekarang. kenape? yela.. sbb kita umat islam dah berpecah. berpecah dek politik kepartian.. Betul lah sorg ustaz cakap..

"politik ni umpama sihir. Lawan jadi kawan, kawan jadi lawan, haram jadi halal, halal jadi haram, buruk jadi baik dan yg baik jadi buruk."

Tanggal 5 Mei 2013, 'perjuangan' islam sekali lagi teruji dek kekalahan dlm election baru2 ni. d khabar kan orang sana main kotor. so,ana xnk komen bab tu..

Tapi yg lagiiiii ana sedih, mcm mana penerimaan umat islam atas 'hadiah' daripada Allah ni..

"ana bukan xleh terima kekalahan, tapi ana xleh terima dorg menang ni dgn cara yg hina!!"

"ana ni bukan nye xnak syukur dgn ap yg Allah bg,tp nta snggup ke bayar cukai tggi, harga minyak mahal, pengajian x percuma, tol lagi. byk lagi la!"


lagi...

"ana bukan nye ap, ana nak tgok islam naik! ana xnak tgok dorg kaya kan kroni2 dorg, tapi tindas rakyat. ana nk bela rakyat. ana nk kita semua bersatu! (sambil tangan terangkat2 sbb semangat. hihi)"

Sahabat yg ana kasihi,jujur semata2 krn Allah..
Jom pakat cek balik niat kita, sebab ap kita perjuangkan islam, betul ke tidak kita ni perjuangkan islam atau kita perjuangkan kelompok ni semata2 kerana mende2 free byk? Contoh,bila menang, belajar free, highway free (ana naik moto je. :P ), ptptn xyah bayar, minyak murah, dan byk lagi tawaran dunia yg lain?

Dah cek dah? okay. sekarang kita tumpu pulak kekalahan hadiah dpd Allah ni. Nape Allah bagi kalah? Nape Allah x bagi yg haq tu menang? Sebab ap Allah izinkan puak2 sana menang dgn cara yg sehina begitu?

Antum mesti pernah dgr hadis ni kan..

"Aku tidak akan memperhatikan hak hamba-Ku,sebelum ia menunaikan hak-Ku"
[HR Tabrani]


Okay. Sekarang kita tnya diri kita, berapa byk hak Allah yg kita dah tunai? subuh pagi td mcm mne? bulan ni pernah sedekah tak? Hari ni dah mngaji belom?
Antum semua boleh jwb sendiri2 kan.. xperlu pun share kt status fb ke,twitter ke "alhmdlillah ana dah solat". Eh? :)

Sekarang rasa2 antum faham tak kenapa Allah x bagi kemenangan dalam election baru2 ni?

"ha kita kalah??? jom berkumpul. kita adakan perhimpunan rakyat. kita tunjuk kat depa yg rakyat dah bangkit!!"

Ana nak petik kata2 Hassan al-Hudaybi (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Ke-2

"Tegakkanlah islam di hatimu maka ia akan tertegak di bumimu"

faham dok?
Mungkin akan ada yg cakap, dgn perhimpunan2 spt ni sedikit sebanyak akan membuka mata si bahana2 kerajaan tu, yang rakyat marah nii.. yang rakyat xnok pun dorg tu naik..

Betul.. tapi kita ambil contoh tarbiyah rasulullah. Bila baginda mula2 bawak islam, ap yg baginda dakwah kan kat sahabat? baginda dakwahkan kalimah tauhid dan iman dulu kan? ke baginda terus ajak sahabat tumbangkan kepimpinan kafir Quraisy mekah ye?

Nampak tak? Kalau dalam step2 nk buat kek pun,kalau kita terus pegi baked kek yg x di adun dgn baik,jadi tak kek tu? tak jadi kan... (tiba masuk bab kek pulak. hihi)

so,sama je kat sini. ap2 hal kne mula dgn proses mentarbiyah individu. kita kne lihat sebab ap Allah bagi kalah,sebab ap Allah bg depa menang. Lagi mutiara kata dari Syeikh Syakib Arsalan..

"Apalah gunanya mengadakan perhimpunan yang mengumpulkan orang-orang yang lemah, yang tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan apa-apa keputusan atau resolusi. Apa faedah itu semua? Apakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?"

(garu2 kepala)

"yelaa... tp politik sebahagian dpd islam. kita kne berpolitik,dgn politik jgk islam boleh naik. dan boleh mempercepatkan proses pengukuhan islam itu sendiri. ap la nta ni,tu pun xleh pkiaq ke?"

Uhuk2! jgn la kasar sgt. Hehe. Okay,cuba nta bce balik,ad ana melarang antum semua dari b'politik ke? ana mengajak kita semua kembali kepada cara baginda nabi saw. bagaimana baginda nabi saw tegakkan islam. Kalau betul, dgn politik tu islam akan tertegak dgn cepat, awal2 lagi nabi dah terima jawatan pembesar di mekah pd awal proses dakwah islamiah. Tapi kenapa nabi pentingkan proses pentarbiyahan individu? sebab ap?

Sebab dari seorang individu yg hebat,akan melahirkan masyarakat yg hebat. Seterusnya membentuk satu jemaah/kelompok yg hebat. Lihat saja bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh memilih tentera. Baginda x tnye pointer sem lepas dpt brape. Baginda x tnye sape yg berpangkat bos kt syarikat masing2. Tapi baginda tnye,SIAPA YANG TAK PERNAH TINGGAL TAHAJUD! Allahu..

Dah nampak? Jauhnye kita dgn kemenangan,kalau mcm ni sikap kita semua. Jauhnye kita dgn sunnah baginda. Jauhnya kita dgn amal islami. :(
Sekarang dah tiba masa kita muhasabah diri. Dah tiba masa kita belajar utk tuding jari ke diri sendiri. Dah tiba masa utk kita jadi umat yg lebih baik.

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Surah. Al Baqarah:216]

So,jom. kita ubah. #IniKalilah :)

p/s: sedih jugak. perhimpunan kebangkitan tu masyaAllah ramai betul yg datang. mcm2 alasan ade, semata2 utk mewajibkan diri menghadirkan acara2 sebegitu. Tapi,sedih sangat2, bila kt kolej ana sendiri, yang mampu hadir solat subuh hanya 5 org. yg lagi menyedihkan, 3 foreigner & 2 jemaah local. huhu. Mana kata2 antum semua yg nak kan islam naik? Yang nakkan pemerintahan yg zalim tewas? Kalau.. kezaliman dalam diri sendiri kita tak mampu tewaskan,kalau kejahiliyahan dalam diri kita tak mampu nk tumbangkan. 

Sebelum ana end entri ni,suka ana tunjuk video ni kat kte semua. nilai lah sebab ap Allah izinkan kita utk kalah.
Senyum. :)


Monday, 6 May 2013

Khas Buat Tok Guru..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم


Assalamualaikum wbt.
Antum semua sihat? Antum semua msti kenal dgn tokoh dalam gmbar tu kn..? insyaAllah semua kenal,kot. hehe :)

Name penuh tok guru ni adlh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Lahir pada tahun 1931. (Awal nye tok guru lahir)

Tapi...
Nape ana tiba2 nk tulis entri pasal tok guru ni ye?

Beliau antara tokoh yg ana respect, yg ana sanjung, yg ana nak contohi semangat perjuangan nye, yg ana nk jumpa andai di beri keizinan dpd Yang Maha Esa.

Tanggal 6 Mei 2013, tok guru dah xnak jd menteri besar kelantan. Sedih. Even ana bkn ore kelate ( eh ckp kelantan xjd. :P ), tp hati tetap sedih. 

"eh, nape plak nta nk sedih?"

Sebab,antum boleh cari tak mane nk cari tokoh yg mcm ni hari ni? antum semua boleh jwb tak mana pemimpin hari ni yg sedar akan value of iman? antum semua boleh jwb tak pemimpin mana yg hari ni lebihkan akhirat berbanding hal2 dunia? antum semua boleh cari tak pemimpin mana yg hari ni istiqamah pergi subuh dgn berjemaah?

Byk sgt yg pemimpin kita xd,berbanding ap yg ad dalam jiwa seorg murabbi mcm tok guru. Tapi nk wt cmne. Teringat kisah perginya pemimpin teragung kita,baginda nabi Muhammad saw. Semua sahabat hampir2 tak percaya ap akan berita pemergian baginda nabi saw. Sehingga diceritakan saidina Umar al-khattab ingin memenggal mana2 sehabat yg cakap baginda nabi saw dh wafat.

"ha,mcm tu sekali Umar?" 

Yup. Begitu mendalam cinta sahabat pd baginda nabi saw. Akhirnya saidina Umar ditenangkan teman seperjuangan,saidina abu bakar. Allahu. :(

"so,ap kne mngena dgn tok guru plak? bukan tok guru nak meninggal lagi pun. tok guru hidup lg kan..."

ehem. bkn tu maksud ana. ana sedih,sbb hilang nye seorang murabbi dalam medan perjuangan islam. ana harap tok guru tetap bersama2 kita semua,utk tegakkan agama Allah kat muka bumi ni. insyaAllah.
Senyum. :)

Tapi...........

Jom muhasabah diri. apekah dgn bersedih tntg pengunduran seorg murabbi yg hebat itu, cukup utk kita mengaku,"ana sayang tok guru, ana sayangkan perjuangan tok guru, ana sayangkan perjuangan islam?"

Sahabat semua.. Hati yang benar2 ikhlas saje mmpu jawab,sejauh mana ikhlas nye hati terhadap menyayangi tokoh2 islam, sejauh mana ikhlas nye hati perjuangkan islam.

Kita tgok,ap sahabat buat selepas baginda nabi saw wafat. Adakah sahabat terus menetap di madinah? Apekah sahabat terus sahaja menghidupkan masjid2 d sekitar madinah saje?

Bukan itu yg sahabat buat.. Lepas baginda nabi saw wafat, sahabat melantik pemimpin yg baru, khalifah yg baru. Utk ap? sebuah organisasi yg inginkan kejayaan yg besar,perlukan seorg pemimpin yg hebat. hakikat ini yg membuatkan pelantikan pemimpin baru sgt penting.

Next,what they did? Sahabat bentuk byk jemaah dakwah, utk sebarkan agama Allah d setiap pelusuk dunia. Utk mengangkat perjuangan baginda nabi saw.

Ini sahabat nabi,kawan2. Ini sahabat nabi,yg menerima tarbiyah secara langsung dpd baginda nabi saw..

"Habis,mcm mne dgn kita?"

Jangan terus bersedih,tanpa ad usaha. Andai benar ikhlas sayangkan agama ni, kita bangkit. Kita bangkit utk tegakkan agama ni.
Tinggalkan kesedihan. Jangan biar itu melambatkan usaha ni dpd jalan. Tunjukkan, buktikan kita ikhlas sayangkan ulama'. Buktikan kita betul2 sayang mereka kerana Allah.

Bukan ke sseorg yg menyayangi antara satu sama lain kerana Allah semata2,di janjikan payungan Arasy Allah di mahsyar nnti? Senyum. :)

Tok guru, rehatlah. kami pemuda islam. Kami sepatutnya perlu sedar akan hakikat ni. Kami pemuda ad kekuatan, ada tenaga utk smbung usaha ni. Apa yg kami harap,adalah doa daripada tok guru buat kami. Supaya kami kuat atas jalan ini. Allahu.

Laksanakan amar ma'ruf nahi munkar dlm masyarakat. Sperti sabdaan baginda nabi saw,hidup bermasyarakat umpama kehidupan di atas sebuah kapal yg sedang belayar.

مثل القائم في حدود الله والواقع فيها كمثل قوم استهموا على سفينة فصار بعضهم أعلاها وبعضهم أسلفها وكان الذين في أسلفها إذا استقوا من الماء مروا على من فوقهم. قالوا أنا خرقنا من نصيبنا خرقا ولم نؤذ من فوقنا فإن تركواهم وما أرادوا هلكوا جميعا وإن أخذوا على أيدهم نجوا ونجوا جميعا

Ertinya:” Umpama orang-orang yang tinggal dalam sempadan-sempadan Allah itu adalah seperti suatu kumpulan manusia yang menaiki sebuah kapal. Setengah duduk ditingkat atas manakala setengah pula duduk di tingkat bawah. Orang-orang yang duduk di tingkat bawah itu bila hendak mengambil air (dari laut) terpaksalah mereka melalui tempat yang diduduki oleh orang-orang di sebelah atas, lalu mereka berkata:`kalau kita tebuk lubang di sebelah bawah kita ini untuk mendapatkan air tentu kita tidak akan menganggu orang-orang di sebelah atas`. Maka kalaulah mereka itu dibiarkan melakukan apa yang mereka niatkan itu nescaya semua orang yang di atas kapal itu akan binasa. Kalau mereka dicegah nescaya kesemuanya akan selamat.”
[HR Bukhari & Muslim]


Lagi firman Allah swt :

” Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.”
[Ali-Imran: 104]


Sedikit kata2 dpd tok guru..

"ambo ni dah tak berapa nak larat..ada yg suruh saya berhenti sbb faktor usia & kesihatan..tapi.. Rasulullah berjuang sehingga wafat..sebab tu ambo malu pd rasulullah (utk berhenti perjuangan sedangkan nyawa masih di kandung badan).."

*sobss.. hurm. ana,xtau la nk ckp mcm mne. hurm.. sedih. huhu. :'( *

Antum pernah t'fikir tak,ap kte nak jwb kalau Dia tnye,"ke mana usia kita semua habiskan?"

Mampu ke nak senyum lagi? huhu.

Ad satu video yg ana nk kte semua tgok. harap lepas ni xd lagi org slh fhm dgn tok guru. dan! jgn lupa ambil ibrah ye. senyum. :)









Saturday, 4 May 2013

Pemerintahan Baru? #Inikalilah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
"eheh! kemon bro,hari ni dah masuk 5 Mei. 1Malaysia tu dah xdeee.."

*gulp*

Asiff semua. Ana golongan neutral. Xcukup umur lagi utk mngundi. hehe. :P

Hati kecil ni berbahagia sedikit. Mungkin.

"wah! sbb ap?" *konon2 retiss gitu.. :3*

Sebab.. Selepas dari hari ni, kita akan lihat, sebuah pemerintahan yang baru, sebuah dasar2 kepimpinan yang baru, semua sistem yang lebih 'fresh'.


InsyaAllah, apa yg ana doakan adalah,supaya yang tertegak ini adalah pilihanNya,adalah ketetapanNya. Ada hikmah dan kemuliaan di sisi Nya,ada kebaikan yg terkandung di dalamnya dari sisiNya. InsyaAllah.

Ana,x harap sebuah negara yg free segala2 nya. Ana x harap sebuah negara yg ekonomi dy power mcm china,jepun,amerika dan lain2..

Andai..~

Untuk mencapai maksud ini,perlu korban kan agama,andai untuk capai maksud ni,agama d abaikan,andai untuk capai maksud ni,agama jadi mainan.

Teringat kata2 Amirul Mukminin,Umar al-Khattab r.a:
“Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan ISLAM.. Dan sekiranya kita mencari kemuliaan, dengan cara selain daripada cara yang telah Allah muliakan kita dengannya (yakni Islam), nescaya Allah akan MENGHINA kita.”

"gulp,tertelan air liur. Allah menghinakan kita?"

Yela.. kalau kita jadikan dunia tu adalah matlamat. kan? yg sebetulnya,dunia ni adalah jalan,untuk smpai ke akhirat yg jadi matlamat sebenar2nya bagi org2 yg MUKMIN. senyum. :)

Sedikit perkongsian yg ana ambil daripada sahabat ana yg ana kagumi ni, Ahmad Furqan.

=======================================================

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
[An-Nasr: 1-3]

Di dalam surah ni menceritakan kemenangan bg pihak islam yg d hadirkan oleh Allah Azza wa Jalla itu sendiri. Namun,apabila pihak kita telah menang, jgn terus disangka itu adalah pertolongan dari Allah. Apabila orang masuk parti kita beramai2, jangan kita ingat masuk ke dalam agama Allah secara beramai2.

Sebaliknya...

Perlu juga kita lihat dari perspektif yg lain. Dari sudut & kefahaman yg berbeza. Apabila kemenangan kita ini gagal mendakwah orang kpd islam, gagal menarik orang ke dalam islam, gagal utk mencerminkan islam itu sendiri, boleh jadi perjuangan ini bukanlah menyeru kepada agama Allah dgn sebenar2nya, dan boleh jadi kemenangan ini bukan pertolongan Allah, melainkan ia adalah satu ujian, istidraj atas gerak kerja kita selama ni.

Apapun bila kita menang,banyakkanlah bertasbih mensucikan Allah,bertahmid memuji Allah, beristighfar memohon ampun drp Allah, dan bertaubat atas sgala dosa dan keterlanjuran kita berusaha untuk menang.

Selepas diwahyukan surah ini, Rasulullah SAW sendiri banyak menyebut: 

سبحانك اللهم وبحمدك. أستغفرك وأتوب إليك

Terjemahannya: Maha suci engkau Ya Allah, dan dgn pujian itu aku memohon keampuan daripadaMu dan aku bertaubat kpdMu.

Selain itu, kita dapati dalam surah ini (al-Nasr) ada menyebut tasbih (bukan takbir). Rasanya mungkin kerana takbir tu merupakan satu perkara pembakar semangat sebelum dan ketika berjuang. Sedangkan sy rasa falsafah surah ini apabila kita menang,surah ini mengajak kita utk bertenang,utk menyuci dan memuji Allah,beristighfar dan bertaubat. Tuan-tuan, kalau kalah bersabarlah,tp kalau menang banyakkanlah bertasbih dgn mengucap 'Subhanallah' dan banyakkanlah bertahmid dgn mengucap 'Alhamdulillah' dan banyakkanlah beristighfar dgn mengucap 'Astagfirullah' dan banyakkanlah bertaubat dgn mengucap 'Atuubu ilallah'.

(Dr. Wan Adli)
Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam APIUMKL
Khutbah Jumaat 3 Mei 2013



Inikalilah Or BetterNation?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم


Uhuk3..!! Terbatuk. Usai solat asar,seperti biasa pakcik2 akan buat muzakarah politik di beranda surau.


Ana,yg belum cukup umur ni, tumpang la dengar ap yg dorg duk muzakarah tu. Mcm seronok. Hihi. *Biasa lah jiwa remaja,sifat ingin tahu tu tggi kan?  

Sedang rancak dorg borak,tiba2 ana terfikir situasi anak2 muda skrg. pemikiran mereka, faham agama mereka. 


*Sedih*


Sebab ape? hari ni.. ramai daripada kita yg anggap, politik adalah matlamat. politik adalah segalanya. tanpa politik,islam takkan tertegak dgn baik. Tanpa 'orang kita' dlm putrajaya, islam susah nak naik. Ap lagi ye?

Hurm......

Dear friends, listen listen listen..

Matlamat kita adalah tertegaknya islam, meninggikan kalimah tauhid, dan jalan2 utk mencapai matlamat ini sgt bnyak. dan yg utama,mulanya dari diri kita sendiri.

Antum semua faham? Suka ana utk share ap yg Maulana Gunawan cakap. Ambil ibrah ye kawan2 sume.

Allah, bahagiakanlah hati2 kami yg sedang bersedih, melihat politik negara tercinta yg sebegini rupa. :(

==============================================================================

Nasihat Maulana Sayyid Abul-hasan Ali an-Nadwi kpd Ikhwanul Muslimin:

Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini;

"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur,"

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. la meliputi akal dan jiwa, roh dan jasad. la bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. la terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. la terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya.

Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus daripada amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.
Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. la sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan.

Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu daripada matlamat mereka, Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua daripada tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semula jadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya".

"Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti daripada dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jemaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

"Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia - dengan izin Allah -, daripada segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

"Daripada kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya daripada ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasih kasihan kepada insan yang terseksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

"Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah-tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya."

"Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.

"Semua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah." Itu sebahagian nasihatnya.

Nasihat penuh kena dapatkan buku kecil Maulana 'Uridu ah atahaddatha ila al-Ikhwan' (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin).

Friday, 3 May 2013

Air Musta'mal~


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم


Ana enta ke aku ko ye yg lebih ramah? or bie ayang or ma pa yg lebih sweet?

hik3. geli hati bila tgok gelagat anak2 muda yg baru nk up ni..
tapi.. sejujurnya hati ni sedih,sedih melihat kita anak muda,terlalu lemah.. terlalu cintakan dunia..

duhai muslimah,ana nk share status sorg syeikh yg ana sgt kagumi ni. enjoy ok? eh,jgn enjoy saje,sila ambil ibrah sekali. dan cuba amalkan. insyaAllah.

========================================================================

~Musta'mal~


Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...


kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia? 

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

via Ibnu Batoota Owsem

Thursday, 2 May 2013

Firsstttt Entri. :)

"Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah aku panjatkan kepadaNya kerana di pilih olehNya untuk melalui jalan-jalan ini. Menoleh ke belakang? Bukan itu maksud hidup ini.

Aku suka sekali utk memulakan entri yang pertama ni dengan maksud hidup umat Muhammad SAW. Umat ini tidak dijadikan oleh Allah semata-mata utk beribadat kepadaNya, tidak juga dijadikan semata-mata atas maksud dunia. Sepertimana firman Allah yg berbunyi:



"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
[Surah Ali-Imran:110]


Umat ini tidak d angkat oleh Allah menjadi sebaik-baik umat dek kerana ibadat mereka, bukan juga kerana banyaknya harta kekayaan mereka, tapi usaha atas amar makruf nahi munkar yang mereka lakukan.

Tapi..

Sejauh mana diri ni lakukan, amalkan dan laksanakan apa yang dicintai Allah & Rasulullah? Allahu.. Hampir-hampir saja langkah ini longlai dek kerana beratnya amanah Allah.

Terkesan aku pada satu firmanNya:


"Katakanlah (wahai Muhammad): "inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata; (dan aku menegaskan:) maha suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." 
[Surah Yusuf:108]

Apa sudah cukupkah usaha aku selama ini, untuk bersama-sama baginda di atas jalan yg Dia redhai?
Apa benarkah aku jalankan amanah ini dengan sungguh-sungguh?
Allah,jauh.. terlalu jauh diri ini dengan syurgaMu.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- Imam Hasan al-Basri-

*Allah,andai Rasulullah bersama kami pada saat ini,apakah yang terlakar di wajah baginda ye? tersenyum bangga atau menangis kecewa,melihat kami umat akhir zaman ini YaRabb?