"Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum w.b.t
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah aku panjatkan kepadaNya kerana di pilih olehNya untuk melalui jalan-jalan ini. Menoleh ke belakang? Bukan itu maksud hidup ini.
Aku suka sekali utk memulakan entri yang pertama ni dengan maksud hidup umat Muhammad SAW. Umat ini tidak dijadikan oleh Allah semata-mata utk beribadat kepadaNya, tidak juga dijadikan semata-mata atas maksud dunia. Sepertimana firman Allah yg berbunyi:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
[Surah Ali-Imran:110]

Umat ini tidak d angkat oleh Allah menjadi sebaik-baik umat dek kerana ibadat mereka, bukan juga kerana banyaknya harta kekayaan mereka, tapi usaha atas amar makruf nahi munkar yang mereka lakukan.
Tapi..
Sejauh mana diri ni lakukan, amalkan dan laksanakan apa yang dicintai Allah & Rasulullah? Allahu.. Hampir-hampir saja langkah ini longlai dek kerana beratnya amanah Allah.
Terkesan aku pada satu firmanNya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata; (dan aku menegaskan:) maha suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
[Surah Yusuf:108]

Apa sudah cukupkah usaha aku selama ini, untuk bersama-sama baginda di atas jalan yg Dia redhai?
Apa benarkah aku jalankan amanah ini dengan sungguh-sungguh?
Allah,jauh.. terlalu jauh diri ini dengan syurgaMu.
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- Imam Hasan al-Basri-
*Allah,andai Rasulullah bersama kami pada saat ini,apakah yang terlakar di wajah baginda ye? tersenyum bangga atau menangis kecewa,melihat kami umat akhir zaman ini YaRabb?

No comments:
Post a Comment