Saturday, 18 May 2013

Mencari Sebuah 'Minat'..?



Jam 0450

Mengantuknya~ Hurm.. Alhamdulillah, sempat lagi nak ambil wuduk ni.

(pandang kiri pandang kanan)

Eh? Akhi pun bangun jugak pagi ni? Amboi.. Qiam sorang2 ye? Hehe.



Emm. Xde la. Ana tak boleh tidur lagi la. Fikiran ana tak tenang. 


Akhi,nape nie? Cuba share dengan ana ape sebenarnya masalah enta. Ana perasan jugak sekarang enta murung je. Macam ada yang tak kena. InsyaAllah ana cuba jadi pendengar yang setia ye? Surely, i can lend my ear to hear all your problem,akh. Ewah! (muka senyum kambing)


Ermm. Ana tak tau la nak habaq kt hang cmnaa.. Tapi,ana macam tak semangat nak belajar,ana macam dah xde passion untuk teruskan bidang yang ana ambil sekarang. Ana tak pernah terfikir pun untuk terjun ke bidang ni. Tup tup,Allah bagi. Hm hm. Ana tak boleh tipu diri ana sendiri la,akh. Enta pun tau,dulu ana tak terror sangat sains,ana nak jadi ustaz ke,murabbi ke. Ana nak didik ummah.. Hm hm.. (tunduk)


Akhii.. Jangan cakap macam nii. Akhi tau tak nape Allah letak enta dalam bidang ni? Nape Allah takdirkan enta untuk terjun dalam bidang ni? Allah pujuk kita semua,untuk terus yakin dengan kehendak Dia, sebab Dia lah sebaik2 perancang. Dalam surah al-baqarah : 216 Dia berfirman;


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Akhi,akhi jangan pandang bidang yang akhi terjun sekarang ni tak dapat sumbang kepada cita2 asal akhi. Dulu akhi nak jadi ustaz kan? Sekarang Allah bagi kelebihan kat akhi tau! Haa.. caranya,dulu akhi nak jadi seorang ustaz yang hanya ustaz semata2. Tapi sekarang Allah bukak jalan untuk akhi jadi seorang ahli sains yang berjiwa murabbi! Allah bukak jalan untuk akhi jadi seorang ahli sains tapi dalam masa yang sama mampu mentarbiyah ummah! Allhu. Akhi,suka ana share pesanan Habib Ali Zaenal Abidin.

"Kita,perlu tahu macam mana nak bermuamalah dengan Allah. Di setiap takdir yang diselitkan untuk kita, kita perlu sentiasa fikir macam mana takdir ini boleh sampaikan kita kepada Allah,bagaimana ketentuan ini boleh menjadi amal ibadah kita kepada Allah."

Ok akhi? Akhi jadi ahli sains yang berjiwa murabbi ok? (senyum)


Tapi enta yakin ke ana boleh buat? Hmmm. Ana takdak minat dalam bidang ni. Bidang ni perlu kepada imaginasi yang tinggi,daya kreativiti & macam2 lagi yang ana takdak. Hmm. Ana buat, tapi bukan dengan jiwa ana. Ana buat, dengan sebab paksaan pensyarah2. Kadang2 setiap tugasan ana tiru jaa.


Hehe. Hensem la muka enta kalau muram. Tapi lagii hensem kalau enta senyum. :P okay,selingan gurauan. Hihi. Akhi ni,ke situ pulak. Akhi tau kan kisah nabi musa nak jumpa dengan firaun cmnaa? Baginda takut, xd confidence langsung nak jumpa firaun tu. Sebab tu baginda berdoa kepada Allah,supaya diberi kekuatan,dilancarkan lidah yang bercakap. Itu seorang nabi Allah,yang nampak ujian yang berat pun tetap ada kebimbangan dalam hatinya. Jadi,tak pelik bila kita ni manusia yang sgt2 berdosa pun boleh ad sikap cmni. Akhi,letakkan keyakinan tu hanya pada Allah. Allah letakkan akhi dalam bidang ni,maknanya Allah tau dan sangat tau akhi mampu untuk martabatkan agama Dia melalui bidang ni. Akhi tak konfiden ye? So,akhi 
tnya diri akhi, akhi tak konfiden dengan diri akhi atau akhi tak konfiden dengan takdir Allah? Huhu. Akhi,minat bukan datang dari otak, tapi minat datang dari hati. Bagaimana sahabat boleh jadi sangat minat untuk mendengar kata2 baginda nabi saw? Bagaimana sahabat boleh jadi sangat gemar untuk amal sunnah baginda nabi saw? Sebab bukan akal mereka yang menilai,tapi hati para sahabat yang telah terpaut sungguh2 pada Allah & rasul. Akhi,pautkan bidang ini dengan kerja nabi,dakwah & tarbiyah. Gunakan peluang yang Allah hidang ni untuk raih cinta Dia! Akhi mesti tau kisah saidina abu bakar pergi ke pasar semata2 untuk menyambung sunnah baginda kan,dengan memberi makan seorang perempuan yahudi yang buta. Akhi pernah terfikir tak,nape saidina abu bakar sampai sanggup pergi ke pasar semata2 nak amal sunnah nabi? Sebab hati beliau yang sudah terpaut pada baginda nabi saw,hati beliau sudah cinta kepada Rabb,dan hati beliau yang sangat2 cinta kepada islam. Akhi,kita usaha sama2 utk suburkan cinta kepada agama dan usaha atas agama ye? 


Haih~ Nape la hati ana rasa berat sangat dengan hal ni. Nape la ana lemah sangat dengan menda ni. Ana kadang2 tanya diri ana sendiri,mana ana nak cari minat,passion & mcm2 lagi tu ye? Ana buntu, kadang2 sampai rasa nak patah balik. :(


Allahu. Akhi ni,lemah2 pulak ye? Bukan ke akhi yang cakap nak jadi singa yang lapar macam saidina umar al-khattab di medan perang? Bukan ke akhi ni yang cakap nak jadi singa Allah seperti saidina hamzah ra.? Akhi,Allah cipta manusia untuk apa? Dalam surah al-baqarah : 30 Dia jelaskan; 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi'..."
[Al Baqarah:30]


Akhi,ana dan semua manusia ni khalifah. Allah tak sebut,Dia hantar kita untuk jadi doktor semata2,untuk jadi arkitek semata2,untuk jadi ustaz semata2,tapi Dia hantar kita sebagai seorang khalifah. Ha macam mana tu? Untuk jadi seorang doktor,arkitek,atau murabbi yang berjiwa khalifah! So,tanamkan niat untuk jadi seorang khalifah yang berjiwa hamba,tapi dalam bidang akhi sendiri. Laksanakan tugasan dengan satu niat,"aku hadir dalam bidang ini kerana ummah memerlukan seorang doktor,arkitek,atau murabbi yang berjiwa khalifah!" Akhi,fikirkan untuk setiap jiwa umat muhammad kat luar sana,yang sangat2 perlu kepada tarbiyah. Ada doktor yang kaya dengan harta,tapi miskin jiwanya. Ada arkitek yang megah dengan hasil ciptanya,tapi hati gersang dari Rabbnya. Ada guru yang mendabik dada dengan kejayaan anak didiknya,tapi dalam nye sunyi dari rahmatNya. Sebab tu Allah hantar kita,untuk membasahi jiwa2 mereka,untuk menjadi peringatan buat mereka semua. Akhi yakin kan dengan takdir Allah? :) 

Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur"
[Al-A'raf:144]

Ha,akhi tak boleh givup2 tau. Allah dah tegur jugak dalam quran. Kali ni dalam surah yusuf pulak. Allah berfirman:

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
[Yusuf:87]


Erm.. InsyaAllah,ana cuba yakinkan diri ana semula ye? Jazakallahu khairan ya akh! Enta doakan ana dapat telusuri jalan pilihanNya ni dengan hati yang terbuka dan jiwa yg berkobar2 untuk sampai kepada Yang Maha Esa ye.. :)



InsyaAllah akhi. Ingat,sebenarnya yang paling tinggi dajat seseorang tu d sisi Allah bila dia adalah seorang yang beriman. Akhi pernah dengarkan, dalam surah ali-imran ayat 139 Allah berfirman :

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
[Ali Imran:139]


Soooo,jangan lemah2 ye? keep smiling akhi. Dont ask for the passion,but find the reason. And the passion will come after you. The reason,why He put u in this path. Ok? :)


Hayyapppp capten! Ukhuwah fillah,akh. :') Jom solat sama2,nanti tak sempat pulak nak dating dgn Dia. Hehe.



***********************************************************************

p/s: salam imtihan kpd semua kawan2. Dont ask for the passion utk study ye,tapi cari d mana niat kita utk study. Nak lulus exam samata2 ke,atau nak jadi khalifah Allah? Khalifah Allah mesti cintakan ilmu semata2 kerana Allah kan.. So,cek niat cepat. Nanti Allah marah. :)



No comments:

Post a Comment