بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
"eheh! kemon bro,hari ni dah masuk 5 Mei. 1Malaysia tu dah xdeee.."
*gulp*
Asiff semua. Ana golongan neutral. Xcukup umur lagi utk mngundi. hehe. :P
Hati kecil ni berbahagia sedikit. Mungkin.
"wah! sbb ap?" *konon2 retiss gitu.. :3*
Sebab.. Selepas dari hari ni, kita akan lihat, sebuah pemerintahan yang baru, sebuah dasar2 kepimpinan yang baru, semua sistem yang lebih 'fresh'.
Asiff semua. Ana golongan neutral. Xcukup umur lagi utk mngundi. hehe. :P
Hati kecil ni berbahagia sedikit. Mungkin.
"wah! sbb ap?" *konon2 retiss gitu.. :3*
Sebab.. Selepas dari hari ni, kita akan lihat, sebuah pemerintahan yang baru, sebuah dasar2 kepimpinan yang baru, semua sistem yang lebih 'fresh'.
InsyaAllah, apa yg ana doakan adalah,supaya yang tertegak ini adalah pilihanNya,adalah ketetapanNya. Ada hikmah dan kemuliaan di sisi Nya,ada kebaikan yg terkandung di dalamnya dari sisiNya. InsyaAllah.
Ana,x harap sebuah negara yg free segala2 nya. Ana x harap sebuah negara yg ekonomi dy power mcm china,jepun,amerika dan lain2..
Andai..~
Untuk mencapai maksud ini,perlu korban kan agama,andai untuk capai maksud ni,agama d abaikan,andai untuk capai maksud ni,agama jadi mainan.
Teringat kata2 Amirul Mukminin,Umar al-Khattab r.a:
“Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan ISLAM.. Dan sekiranya kita mencari kemuliaan, dengan cara selain daripada cara yang telah Allah muliakan kita dengannya (yakni Islam), nescaya Allah akan MENGHINA kita.”
"gulp,tertelan air liur. Allah menghinakan kita?"
Yela.. kalau kita jadikan dunia tu adalah matlamat. kan? yg sebetulnya,dunia ni adalah jalan,untuk smpai ke akhirat yg jadi matlamat sebenar2nya bagi org2 yg MUKMIN. senyum. :)
Sedikit perkongsian yg ana ambil daripada sahabat ana yg ana kagumi ni, Ahmad Furqan.
"gulp,tertelan air liur. Allah menghinakan kita?"
Yela.. kalau kita jadikan dunia tu adalah matlamat. kan? yg sebetulnya,dunia ni adalah jalan,untuk smpai ke akhirat yg jadi matlamat sebenar2nya bagi org2 yg MUKMIN. senyum. :)
Sedikit perkongsian yg ana ambil daripada sahabat ana yg ana kagumi ni, Ahmad Furqan.
=======================================================
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
[An-Nasr: 1-3]
Di dalam surah ni menceritakan kemenangan bg pihak islam yg d hadirkan oleh Allah Azza wa Jalla itu sendiri. Namun,apabila pihak kita telah menang, jgn terus disangka itu adalah pertolongan dari Allah. Apabila orang masuk parti kita beramai2, jangan kita ingat masuk ke dalam agama Allah secara beramai2.
Sebaliknya...
Perlu juga kita lihat dari perspektif yg lain. Dari sudut & kefahaman yg berbeza. Apabila kemenangan kita ini gagal mendakwah orang kpd islam, gagal menarik orang ke dalam islam, gagal utk mencerminkan islam itu sendiri, boleh jadi perjuangan ini bukanlah menyeru kepada agama Allah dgn sebenar2nya, dan boleh jadi kemenangan ini bukan pertolongan Allah, melainkan ia adalah satu ujian, istidraj atas gerak kerja kita selama ni.
Apapun bila kita menang,banyakkanlah bertasbih mensucikan Allah,bertahmid memuji Allah, beristighfar memohon ampun drp Allah, dan bertaubat atas sgala dosa dan keterlanjuran kita berusaha untuk menang.
Selepas diwahyukan surah ini, Rasulullah SAW sendiri banyak menyebut:
سبحانك اللهم وبحمدك. أستغفرك وأتوب إليك
Terjemahannya: Maha suci engkau Ya Allah, dan dgn pujian itu aku memohon keampuan daripadaMu dan aku bertaubat kpdMu.
Selain itu, kita dapati dalam surah ini (al-Nasr) ada menyebut tasbih (bukan takbir). Rasanya mungkin kerana takbir tu merupakan satu perkara pembakar semangat sebelum dan ketika berjuang. Sedangkan sy rasa falsafah surah ini apabila kita menang,surah ini mengajak kita utk bertenang,utk menyuci dan memuji Allah,beristighfar dan bertaubat. Tuan-tuan, kalau kalah bersabarlah,tp kalau menang banyakkanlah bertasbih dgn mengucap 'Subhanallah' dan banyakkanlah bertahmid dgn mengucap 'Alhamdulillah' dan banyakkanlah beristighfar dgn mengucap 'Astagfirullah' dan banyakkanlah bertaubat dgn mengucap 'Atuubu ilallah'.
(Dr. Wan Adli)
Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam APIUMKL
Khutbah Jumaat 3 Mei 2013

No comments:
Post a Comment