بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم
Uhuk3..!! Terbatuk. Usai solat asar,seperti biasa pakcik2 akan buat muzakarah politik di beranda surau.
Ana,yg belum cukup umur ni, tumpang la dengar ap yg dorg duk muzakarah tu. Mcm seronok. Hihi. *Biasa lah jiwa remaja,sifat ingin tahu tu tggi kan? 

Sedang rancak dorg borak,tiba2 ana terfikir situasi anak2 muda skrg. pemikiran mereka, faham agama mereka.
*Sedih*
Sebab ape? hari ni.. ramai daripada kita yg anggap, politik adalah matlamat. politik adalah segalanya. tanpa politik,islam takkan tertegak dgn baik. Tanpa 'orang kita' dlm putrajaya, islam susah nak naik. Ap lagi ye?
Hurm......
Dear friends, listen listen listen..
Matlamat kita adalah tertegaknya islam, meninggikan kalimah tauhid, dan jalan2 utk mencapai matlamat ini sgt bnyak. dan yg utama,mulanya dari diri kita sendiri.
Antum semua faham? Suka ana utk share ap yg Maulana Gunawan cakap. Ambil ibrah ye kawan2 sume.
Allah, bahagiakanlah hati2 kami yg sedang bersedih, melihat politik negara tercinta yg sebegini rupa. :(
==============================================================================
Nasihat Maulana Sayyid Abul-hasan Ali an-Nadwi kpd Ikhwanul Muslimin:
Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini;
"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur,"
Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. la meliputi akal dan jiwa, roh dan jasad. la bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. la terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. la terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya.
Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus daripada amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.
Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. la sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan.
Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu daripada matlamat mereka, Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua daripada tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semula jadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya".
"Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti daripada dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jemaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.
"Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia - dengan izin Allah -, daripada segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.
"Daripada kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya daripada ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasih kasihan kepada insan yang terseksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.
"Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah-tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya."
"Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.
"Semua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah." Itu sebahagian nasihatnya.
Nasihat penuh kena dapatkan buku kecil Maulana 'Uridu ah atahaddatha ila al-Ikhwan' (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin).

Ya Rab, hidup kan hati2 remaja dengan semangat pahlawan sepertimana KAU hidupkan hati2 sahabat nabi..
ReplyDeletesahabat nabi malam2 mereka seperti pendeta dan di siang hari mereka seperti singa yang kelaparan...